EXAM
Pagi Khamis. Biasanya universiti aku akan cuti hari ni. Hari Khamis dan hari Jumaat. Tapi, disebabkan exam, hanya kuliah Syariah yang menduduki paper tertentu je yang tak berapa nak cuti hari ni. Semalam siap ada main bola lagi. Aku tak mampu nak turun..kena pegang buku untuk paper hari ni.
Exam jam lapan. Tapi, dah kalih sangat dengan perangai arab ni. Tak menentu. Kadang kadang pukul lapan tu penjaga exam pun tak datang lagi. Kalau kita datang lewat, kadang - kadang nasib kita yang tak berapa baik. Dapat penjaga yang datang awal, 7.30 dia dah ada dalam dewan.. sah - sah kena banyak alasan untuk masuk dewan nanti.
Tapi, hari ni aku dah set... 7.55 pagi baru pergi.. Jalan kaki dalam 500 meter. Sedang - sedang la, sampai dalam jam lapan. Pukul 8 tu ramai lagi budak - budak arab berkeliaran kat luar. Aku jenguk dewan bernombor 307. Kosong. Penjaga tak ada lagi. Aku bukan bajet hebat nak jawab paper awal, tapi aku cuma nak cepat.
Aku terus masuk. Duduk atas kerusi.. dalam 5 minit datang penjaga exam.. Dia pun angkat sampul yang berisi soalan. Dia tunjuk dekat student. Hampehhh.. kosong. Ni paling lawak sejak aku belajar sini. Katanya penjaga tu dalam bahasa arab yang ditranslate... " aku tak tahu, aku ambil ada ni je.. nanti kita tunggu sejam.. kalau tak sampai juga soalan..korang boleh blah."
Aku pun tunggu je lah sambil mendongok merenung lampu. Dalam hati aku nak sangat biar soalan tu tak sampai - sampai. Aku rasa lect aku lewat sampai untuk pass soalan tu. Nanti confirm lecturer rasa bersalah terus bagi full mark. Arab pula siap gelak lagi.. maybe tak pernah terjadi lagi case macam ni. Dalam 15 minit juga tunggu, tambah dengan lewat 5 minit tadi, 20 minit dihabiskan dengan hanya bermenung.
Kejap lepas tu datang lah soalan kat tangan penjaga.. maybe lect aku tu baru sampai. "Lect korang cakap soalan senang je..10 minit dah boleh balik.." terus je dia bagi soalan.. peehh..soalan.. maut juga.. satu soalan 10 markah. Salah satu, rugi banyak tu. Dengan bismillah.. jawab je lah..salah tu suku kira...yang penting jangan tinggal kosong.. kan? haha
**paper sejarah kehakiman dalam Islam. Point penting ada dalam hadis Nabi s.a.w : sekiranya kamu menghukum antara dua orang, jangan menghukum orang yang pertama sebelum kamu mendengar apa hujah orang yang kedua. Bila nak menghukum, kena adil. Kalau tak nanti akan ada orang yang menzalimi dan orang yang dizalimi. Islam amat menitik berat kedua - dua benda tersebut.
peringatan yg baik..dengar kedua pihak. jgn asyik baca utusan melayu je, atau harakah semata.. opss!
ReplyDeleteassalamualaikum H.J...selamat menjalani peperiksaan yer...:)
ReplyDeleteeh! ekau pun dh tua ckp org..
ReplyDeletebittaufik wannajah fil imtihan akhi!!
minggu2 tension dah bermula..
ReplyDeletesemoga berjaya apih...
ReplyDeletetgh musim exam eh. study molek tow... :)
ReplyDeleteaq tggl dua paper je lg tuk final ni.. hahah..tak sabor nk cuti sem..hiiii
ReplyDeletemcm tu ye perangai org rarab ni. kalau kat sini lewat dr masa exam terus xleh masuk dah.
ReplyDeletebtw, good luck utk exam! :)
macam mana boleh kosong kertas exam ? lawak2. haha
ReplyDeletegud luck next exam~ sempoi la smpai boleh lmbt ambk exams.. lawak btul hehe
ReplyDelete