Skip to main content

Jangan Pandang Mudah

Jangan mudah mengucapkan lafaz cinta jika diri ini masih belum bersedia untuk mencintai orang itu dengan sepenuh hati. Jangan mudah melafazkan rasa sayang jika diri ini masih belum yakin dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat si dia. Sesungguhnya kata cinta itu ada seribu erti buat seseorang. Seribu erti yang amat susah untuk dirungkai.

Jangan dibiarkan bibir ini ringan menyebut kata setia jika diri ini masih lagi galak bermain ayat dengan perempuan lain. Jangan. Jangan dan jangan sesekali. Semua itu seronok pada zahirnya. Ya.. memang seronok. Merasakan diri ini hot dan disayangi oleh ramai orang. Tapi... tahukah kita yang adanya orang yang merana di balik keseronokan kita itu..? Zalim.

Usah diberi pengharapan yang menggunung jika diri ini masih lagi tidak yakin untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga. Usah bermimpi untuk 'test market' di pasaran Facebook mahu pun Twitter. Sesungguhnya, market kita ini akan sentiasa laku. Sentiasa laku kerana manusia menilai diri kita secara subjektif. Handsome di mata dia. Buruk di mata dia. Cantik di mata dia. Perfect di mata dia.Tapi, lupakah kita siapa kita di sisi Allah..? 

gambar sekadar hiasan sempena ww tadi.:D
 **untuk awak, semoga dapat jawab exam dengan baik.. :)

Comments

  1. TERBAIK !

    semoga yg jawab tuu tenang yeee :)

    ReplyDelete
  2. ye shya cuba sehabis baik. Thank you btw, nanti jangan jealous sebab shya start winter break dulu ye :)

    ReplyDelete
  3. ya...this one pun i loikeee...sama macam kiera punya entri...

    ReplyDelete
  4. adui..pandai HJ kenakan org! hahaa

    ReplyDelete
  5. terbaik bro. aku setuju sesangat. hehe. cantik luar itu tidak semestinya cantik dalaman.

    ReplyDelete
  6. lame dah ngidam nasik minyak nii

    ReplyDelete
  7. taknak wish gudluck untuk aku jugek ke HJ?
    kakakaka
    :P

    ReplyDelete
  8. ayat last tu msti ade "utk awk" hihi.

    ReplyDelete
  9. aku setuju ngan ko. bg aku, kalau trlalu mudah ucap cinta ni tak bagos. kdg2, yg tak terluah tu agi tulus n ikhlas. :)

    ReplyDelete
  10. hahaha test market kat fesbuk ek tu?

    ReplyDelete
  11. jale2 cari ore kelate ari ni.. hehe *salam kenal*

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum h.j....mmg terbaik...:)

    ReplyDelete
  13. wey jamey...apesal gmbr aku?? siot ko...hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.