Ikhlaskah kita..?? Sama-sama kita renungkan...
BismillahirRahmanirRahim
Assalamu 'Alaikum waRahmatullahi WaBarakatuh
Salam ukhuwah... Syukur kita kepada Allah Azzawajalla kerana masih lagi hidup dalam keadaan Islam dan sememangnya itulah nikmat yang tiada tolak bandingannya daripada Allah Taala. Aku disini bukan untuk berceloteh tetapi ada sedikit catatan untuk kita sama - sama renungkan. Dalam kita bersuka ria pom, mesti juga ada peringatan ataupun tazkirah sebagai pedoman hidup. Hidup tanpa tazkirah ini ibarat kita akan hidup selama-lamanya. Mana tidaknya, setiap hari kita asyik lagho je dan seolah-olah kita tak akan mengadap Allah yang MAha Abadi. Dengan tazkirah ini, dapat juga kita menebalkan lagi iman kita yang selama ini orang lain tak tahu pom setebal mana kecuali kita sendiri yang mengetahuinya. Aku tak pandai pom nak tazkirah, sikit-sikit boleh la.. Aku pom tak tahu sama ada aku ni layak tak untuk memberi tazkirah, tetapi kita janganlah melihat siapa tuan pemberi taskirah, tetapi melihat apa isi yang hendak di sampaikan. Sekian....
Ikhlas orang awam ada 3 peringkat/ 3 bentuk:
1. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata, tetapi pada masa yang sama mengharapkan balasan syurga Allah dan segala ni'mat ukhrawii.
2. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata dan tidak pula mengharapkan syurga, tetapi terpandang dirinya yang beramal. Sebagai contoh si Zaid bersedekah kepada fakir miskin kerana Allah Ta'ala tetapi selepas bersedekah teringat bahawa dirinya yang bersedekah.
3. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata, tidak menuntut pahala syurga, tidak pula memandang dirinya yang beramal, tetapi merasai dirinya sudah ikhlas.
Ketiga-tiga peringkat atas lazim berlaku kepada orang awam, iaitu mereka yang belum berjalan menuju Allah. Pada pandangan fiqh, ketiga2 macam ikhlas itu diterima dan sah amalnya.
Walaubagaimana pun dipandang dari sudut Tasawwuf ianya belum sempurna atau masih mengandungi 'syirik khafi'.
Yang pertama kerana masih mengharapkan sesuatu disamping Allah.
Yang kedua menyekutukan Allah pada Af'alNya kerana memandang dirinya mempunyai daya upaya.
Yang ketiga kerana masih memandang keupayaan dirinya untuk menjadi ikhlas.
Menurut pandangan Ahli Ma'rifat seseorang yang dikurniai Allah Tauhid Af'al kedalam hatinya akan merasai keikhlasan sebenar kepada Allah Ta'ala. Ini serendah2 darjat ikhlas sebenar seseorang hamba Allah. Untuk memperolehinya seseorang hamba Allah perlu mujahadah sungguh2 dengan mengerjakan zikrullah dan melawan nafsu2 kejahatan dalam batinnya sehingga batinnya bercahaya-cahaya. Pada ketika itu hilanglah segala harapan hanya semata-mata mengharapkan wajah Allah, terpandang dalam dirinya tiada daya upaya melainkan Allah.
P/S : So, sama - sama kirta renungkan, apakah selama ini amalan kita betul-betul mencapai tahap ikhlas..??

Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.