Hari Ini Dalam Sejarah
Siapa kata aku tak boleh berblog...??sape kate..?? sekarang aku dah buktikan...
Aku mampu merealisasikan apa yang selama ini aku impikan. Baru kau tahu.
Nah..ambik kau.Rasakan dan hayatilah kehebatan aku berblog. Sekarang aku sudah bergelar 'blogger'. Sudah lama ku mengimpikan... Nantikanlah..Nantikanlah.. Sanggupkah kau menantinya..?? Persoalan itu mesti berlegar di ruang minda sang pencinta blogger yang lain.
Bab kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Satu lagi pepatah yang ingin aku ungkapkan di sini.."Gomo Kelate Gomo". Mesti di kalangan blogger memandang rendah dan mengecil-ngecilkan pepatah ini. Akan tetapi pepatah inilah yang sering membakar semangat, jiwa dan ragaku ini.
Pernahkah kau menghayati pepatah ini? Ingin ku ulang lagi sekali,pernahkah dikau menghayati.??
Ibuku selalu menasihati aku dikala aku masih kecil supaya menghayati pepatah ini. Amat besar dan mendalam maksud tang tersirat di dalamnya. Jikalaulah aku ada peluang untuk berjumpa dengan A.Samad Said, akan ku pinta kepada beliau untuk menghuraikan lebih lanjut tentang pepatah ini. Aku yakin dia akan tersenyum sambil mengeyit mata kepadaku. Tidak mungkin orang akan mencipta pepatah ini jika tidak ada apa-apa tujuan, tidak mungkin juga nenek moyang kita yang dahulunya sanggup menghabiskan masa semata-mata untuk memikir pepatah ini. Sudah tentu ianya berdasarkan pengalaman pahit dan manis yang mereka lalui,sama ada semasa Belanda menjajah, semasa English menjajah, dan juga semasa Jepun menjelajah. Sudah pasti yang nenek-moyang kita dahulu hidup dalam kesulitan, dengan hanya memakan ubi badak sehari-harian. Mungkin juga semasa diorang memakan ubi badak itu, mereka terfikir akan pepatah in,i sedangkan kita dengan senang dan sombongnya memperlikan pepatah ini. Pepatah bukan sekadar pepatah, pepatah bukan sahaja untuk berpujangga, bahkan bukan untuk pemanis bicara semata-mata tetapi untuk merungkaikan seribu erti yang tersirat dan hanya mampu difahami oleh orang-orang yang diberi akal olehnya.
Mungkin negara kita sekarang ini masih lagi bising dengan masalah-masalah politik. Tak mengapa sebab kemenangan selalunya berada di pihak yang benar. Tiada gunanya untuk menegak benang yang basah. Jadi kita sama - sama tunggulah post yang selanjutnya. Pembaca-pembaca sekalian mestilah memahami yang ini barulah testing ataupun percubaan semata-mata...peace~

Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.