Skip to main content

Posts

Ops Pintu

Semalam adalah suatu hal yang menyebabkan hati tak henti-henti menyumpah seranah Arab buat suatu masa yang seketika cuma. Bengang tak habis dengan perangai Arab ni. Kadang - kadang sampai tak masuk akal kalau nak difikirkan. Tak tahu la macam mana otak diorang ni berfikir. Bukan budak lagi, dah berjanggut, berjambang dan bermisai apa semua. Tapi, perangai macam orang tak cukup akal. Ceritanya, kelas aku ada test pada pagi tu. Aku ambil seat yang second last dari belakang. Belakang aku tu ada satu seat dan belakang seat yang last tu adalah pintu kelas yang memang forever locked. Maknanya pintu kelas aku cuma beroperasi yang hadapan sahaja. Aku sempat membelek nota - nota sebelum lect datang untuk pass soalan. Lepas tu ada sorang Arab,  lenggang lenggok berjalan, datang duduk belakang aku. Aku buat tak tahu je. Bila lect sudah hampir sampai untuk menghulurkan kertas soalan, aku cepat - cepat menyimpan nota. Pada  masa yang sama, Arab belakang aku memanggil aku. Aku toleh ke bela

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti.  Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut dan d

Tumpas 0 - 2 dengan Napoli

ENTRY ARSENAL Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara

Hanya Seri dengan Everton

ENTRY ARSENAL Perlawanan pada malam ni nampaknya hanya berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 melawan Everton. Everton telah berjaya membuat Chelsea dan Liverpool tersenyum dengan keputusan ini. Seri dengan Everton hanya dapat mengutip satu mata di Emirates dan menjadikan jarak mata dengan pesaing terdekat iaitu Liverpool hanya berbeza dengan 5 mata. Game malam ni sungguh layu dan sayu. Pemain kita nampaknya kurang bertenaga dan Everton pula memang lawan yang kuat, bermain dengan baik dan mampu menjaringkaln gol penyamaan pada minit - minit terakhir. Shazwani  Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs Arteta - Ramsey Wilshere - Ozil - Cazorla Giroud Skuad yang biasa Wenger guna sekiranya tidak menurunkan Flamini sebagai first eleven. First half kita sangat teruk. Tidak dapat menguasai ball possesion. Bola banyak bermain di bahagian pertahanan kita berbanding pihak lawan. Passing kita pun banyak yang tak menjadi malam ini. Aku tengok, player Arsenal malam ni n

Kena Try !!

Benda dalam gambar di atas ni adalah satu jenis makanan. Rupanya tak adalah menarik sangat tetapi rasanya memang sedap. Benda ni kalau tak silap aku, asalnya daripada Yaman, tak pun memang makanan orang Arab. Namanya adalah Maa'sub. Kalau sesiapa yang datang ke Saudi, atau pun Jordan, try la makan benda ni. Serius, sedap kaw. Harganya pula tak ada la mahal sangat. Kalau yang macam dalam gambar ni, satu mangkuk tu dalam SR 12  dan cukup untuk 3 orang makan yang mempunyai kapaisiti tangki simpanan yang sederhana besar.  Maa'sub ni makanan yang dicampur adukkan antara pisang dengan roti arab. Pernah sekali aku tengok diorang buat benda ni. Roti arab dikisar bersama pisang dan yang putih tu rasa aku ianya adalah krim sebab rasanya memang berlemak. Manakala yang hirisan kuning kat atas tu adalah cheese atau pun hirisan mentega sebagai penyeri dan penyedap rasa. Maa'sub ni biasanya memang sesuai untuk dibuat pelawas bagi yang sembelit.  Benda ni ada banyak nama. Kebia

Hati yang Rawan

Kekadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Cuma ada tenang dan damai bunyi alam. Berteman dengan secawan kopi yang hitam lagi pekat di pagi hari pasti akan memberi kesan pada jiwa yang sedang kusut. Setiap orang ada cara tersendiri merawat pedih dan sakit di hati. Itu terpulang, cuma yang penting jangan biarkan ianya semakin jauh daripada Sang Pencipta. 

Arsenal Gembira di Gelanggang Cardiff City

Arsenal tidak mengecewakan semalam. Malah menguntumkan senyuman buat semua peminatnya. Arsenal menang game semalam dengan jaringan 3 gol tanpa dibolisi. Arsenal nampaknya tidak terkesan dengan kekalahan 1 - 0 kepada Man Utd. Mungkin menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk memperbaiki lagi mutu corak permainan. Arsenal bermain di gelanggang lawan dan dapat mengekalkan corak permainan dengan baik dan cantik.  Cardiff City bukan calang - calang pasukan. Mereka seri dengan Man Utd pada game terakhinya dengan 2 - 2. Mereka mengalahkan Manchester City dengan 3 - 2. Peminat Arsenal mungkin boleh berbangga dengan keputusan semalam apabila hanya Arsenal yang mampu membenam Cardiff dengan 3 - 0 di saat pasukan yang kuat gagal menundukkan Cardiff. Mereka underdog, itu tidak dinafikan. 2 gol dijaringkan oleh Aaron Ramsey. Satu gol hasil tandukan dari bola yang di'cross' oleh Ozil pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada minit terakhir dengan Walcott pencetus kepada

Musim Sejuk di Madinah 2013

Musim sejuk kembali kunjung tiba di bumi Madinah. Agak lewat sebenarnya nak merasa sejuk kat sini. Seminggu yang lepas baru betul - betul sejuk. Sejuk yang sekitar 16 - 19 darjah celcius pada waktu pagi. Sejuk macam ni ada kalanya memang sejuk jika angin bertiup kuat. Senang je nak ukur kesejukan kat Madinah ni, kalau agak - agak tak boleh tahan tanpa sweater.. tu tandanya memang kesejukan betul lah tu. Kalau Malaysia, waktu - waktu macam ni memang musim hujan la. Sejuk tu sejuk juga, tapi sejuk dengan air hujan yang sentiasa turun, awan yang selalu mendung dan cahaya matahari terhalang untuk memancar bumi. Petanda awal masuknya musim sejuk kat sini adalah dengan malamnya menjadi semakin panjang. Bahasa senangnya, matahari terbit lewat dan terbenamnya pula adalah terlalu awal. Kalau dekat - dekat negara Europe, biasanya waktu akan diawalkan sejam bila masuknya musim sejuk ataupun winter ni. Bagi aku, memang aku tak berapa nak suka sangat kalau musim sejuk ni. Tak seperti seset

Arsenal Kalah dengan Man Utd 0 - 1

Terkesima aku malam ni bila Arsenal kalah di gelanggang Man Utd dengan jaringan 0-1. Apakan daya, takdir sudah tertulis. Arsenal sudah kalah. Biasanya susah untuk Arsenal kalah di gelanggang lawan. Apa yang penting, Moyes sengih gembira dan fan Man Utd boleh berbangga untuk satu musim lagi. Terkesima dan terkedu memang ada sebab aku predict yang paling kurang pun Arsenal yang menang dengan Man Utd 1-0.  Player kita dah main macam biasa malam ni, cumanya taktikal Wenger sedikit berlainan. Mertesacker dan Rosicky tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama disebabkan selsema. Vermaelan dan Flamini masing - masing mengambil tempat menggantikan mereka. Apa yang aku nampak pada malam ini ialah Wenger meletakkan Arteta dan Flamini sebagai defensive midfielder. Percaturan ini nampak sedikit cacat untuk Arsenal melakukan serangan dan ternyata pada 45 minit pertama Man Utd lebih banyak menguasai bola. Shazwani Sagna - Vermaelan - Koscielny - Gibbs Arteta - Flamini Ramsey - Ozil - C