Skip to main content

Selamat Eid Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak lupa juga untuk wish selamat eid adha yang mubarak dan penuh berkat. Ubi ingat nak posting entri pasal Hari Raya Haji ataupun dikenali jugak dengan Hari Raya Korban ni. Tapi, mintak maaf banyak-banyak la sebab ubi tak cukop masa nak tulis entry tu. Asyik sibuk dengan study dan studo je. Ehehe..

Kalo kita nak nilai, Hari Raya Eid Adha dan Hari Raya Eid Fitri ni masing - masing punya nilai dan kelebihan yang tersendiri. Tapi, ubi dok tengok dan dok tilik sejak semalam lagi pasal kelebihan 2 hari raya umat Islam ni. Ubi rasa yang Hari Raya Eid Adha ni lebih banyak kelebihan dan iktibar yang boleh diambil daripadanya.

Sebut saja hari raya korban, mesti dah terbayang yang lepas saja solat raya tu mesti ada bapak - bapak lembu yang kena sembelih, Budak - budak sekolah rendah pom dah boleh agak perkara macam ni mesti berlaku. Maklum la, tiap - tiap tahun memang macam tu kalo hari raya korban. Lembu tu dijadikan korban.

Tapi, budak - budak sekolah rendah ni kebanyakannya tak tahu la apesal tiap kali tiba hari raya korban ni, semua orang dok sibuk dengan lembu. (malaysia sinonim korban dengan lembu). Diorang semua ni tak tahu yang perayaan ni adalah satu sejarah yang amat bermakna buat di dalam agama Islam. Korban dan korban. Sembelih, lapah, isi plastik, bagi kat orang - orang miskin lepas tu dok umah seminggu berlaukkan daging je. Minggu lepas tu kena penyakit darah tinggi.

Eid Adha ni adalah bersempena dengan kisah Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Dimana secara ringkasnya Allah Taala telah memerintah Nabi Ibrahim A.S ini menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S. Sungguh hebat ujian untuk manusia yang bergelar Nabi ini. Kita yang waras ni sudah sah tidak sanggup untuk menyembelih anak kandung sendiri. Anak yang kita pelihara dengan penuh kasih sayang disuruh sembelih hidup - hidup, Tapi, disitulah beza antara kita dan Nabi Allah S.w.t. Kita tahu di mana taraf kita. Seorang hamba yang begitu hina di sisi Allah Taala. Dipendekkan cerita, Nabi Ibrahim A.S memberitahu tentang perintah Allah Taala itu kepada anaknya. Kalau lah kita berada di tempat Nabi Ismail A.S, susah untuk kita terima kenyataan. Seribu dalih dan seribu cara akan dicari untuk melepaskan diri daripada disembelih hidup. Orang kalo dah tahu nak mati, takkan nak dok tercegat je tunggu maut. 

Tapi, Nabi Ismail A.S tidak seperti anak - anak Melayu sekarang ini. Dia dengan sepenuh hatinya cuma pasrah dengan perintah Allah Taala yang diwahyukan kepada ayahnda nya Nabi Ibrahim A.S. Taat kepada perintah Allah Taala dan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya. Pengakhirannya kita semua dah tahu yang Allah Taala telah gantikan tempat Nabi Ismail A.S  dengan seekor kibas. Tu pom time pisau dah betul - betul berada dekat dengan leher Ismail A.S. Subhanallah..sungguh hebat dan penuh hikmah dugaan yang Allah timpakan kepada hamba - hambanya. Tidak mudah untuk masuk syurga Allah Taala tanpa diuji dengan ujian yang sepadannya. Lain orang, lain pula ujiannya. Makin seseorang itu bertakwa, makin power ujian untuknya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).- Surah Al Baqarah. Ayat 214.

Jadi, ubi sebenarnya nak mengucapkan selamat kepada jemaah haji yang sedang mengerjakan haji di tanah suci Mekah sekarang. Harap - harap para jemaah haji kita ini mendapat haji mabrur dan segala amalan hajinya diterima oleh Allah S.w.t. Ubi mendapat tahu ramai jemaah haji yang last dok kat Mekah adalah hari ini iaitu hari Jumaat. So, kepada jemaah haji tu, perbanyakkanlah ibadah terutamanya solat di Masjidil Haram kerana Allah menjanjikan 10,000 ribu kebaikan untuk sesiapa yang bersolat di dalamnya.


Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-