Skip to main content

Wasiat Sikit....ehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penjenguk blog ubibadok. Ubibadok sebenarnya takde motif pom dia ditubuhkan. Tengok nama blog pom dah tahu kan. Tapi, disebabkan ubi tak de keje dan masa ada yang terluang, jadi, ubi merajinkan jari - jari ubi ini menaip dan menyusun kalimah yang tak de motif.

Hari Jumaat iaitu hari sayyidul ayyam dan ubi tak berniat untuk menceloteh perkara - perkara yang mengarut, Sekadar berkongsi apa yang ada dalam diri ubi je.

Hari ini ubi nak menyampaikan satu wasiat yang ditinggalkan oleh imam Syafie Radiallauanhu. Harap korang semua yang baca ni boleh ambik la sedikit sebanyak manfaat yang terkandung di dalamnya.

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka hendaklah dia mengamalkan
sepuluh perkara. 

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI

Hak kepada diri yang mana hak - hak tersebut terletak atas bahu kita sendiri. Ubi nak bagitahu secara detail pom tak reti gak. Ehehe.. Ubi boleh bagitau yang hak kepada diri seperti yang dimaksudkan di atas adalah mengurangkan tidur, mengurangkan makan. mengurangkan percakapan dan berpada - pada dengan rezeki.

Kita semua pakat - pakat muhasabah la diri ini yang dalam seharian kita hidup ni berapa jam kita menghabiskan masa dengan tidur. Ubi tak nak cakap orang lain. Ubi sendiri pom ngaku yang ubi ni ada jugak tidur pada waktu yang tak sepatutnya, Lepas subuh tidur, lepas zohor tidur, lepas asar tidur. Pastu, lepas isya nak tidur plak. Hah..habis, macam mana dengan usaha kita untuk berjasa kepada agama dan jugak berjasa kepada orang lain.

Mungkin ada orang cakap yang "tidur itu ibadat jugak la ubi.." Hah..ibadat pom ibadat la beb..takkan la sampai satu hari tidur 20 jam. Ubi tak pernahh dengar lagi yang ada orang mati disebabkan orang tak cukup tidur. Yang ada cuma kajian sains mengatakan seseorang manusia boleh mati jika tidak mendapat tidur yang secukupnya ataupun tidak tidur dalam tempoh 3 hari.

Itu kajian je. Korang tak yah caye la. Cuba korang tahan tido tu sampai 3 hari. Ubi jamin yang tak sampai 3 hari korang akan tidur jugak. Sebab apa? Otak dah diprogramkan yang kalo kita ngantuk sangat ni, automatik akan tidur. Dalam berdiri pom boleh tidur. Ulama dulu tak ikut sains pom, tidur tak sampai 6 jam satu hari sebab bangun qiam di waktu malam.Ehehe...

Bab tidur pom dah panjang da...mesti yang baca ni cakap yang ubi mengarut je lebih. Ehehe..Sori la bro, ubi tulis je. Sape yang nak bace la..KEke..tak nak baca komen je. Lepas pasal kurangkan makan yang salah satu antara hak kepada diri.

Korang semua pikirlah akan hakikat yang perut tu punca utama penyakit. Tak gitu eh? Sakit jantung, pasal makanan lah, sakit darah tinggi, pasal makanan lah, sakit kencing manis, pasal makanan lah, habis tu? Kat mana perginya makanan yang kita makan tu kalo tidak ke perut. Korang pikirlah, nak makan amal yang ni, makan ketika lapar dan berhenti sebelom kenyang. Ubi pom ngaku yang ubi tak ikut pom prinsip kat atas tu. Ehehe,,,kalo lapar,tibai je banyak - banyak.

Kurangkan percakapan? Yang ni mesti agak susah bagi seorang yang peramah dan 'bermulut manis'. Apa isitlah mulut manis ni? hehe,,mulut manis lebih kurang kaki bodek la. Takpom yang suka sangat puji face t0 face. Kaki pengampu!. Yang ni korang kena jugak jaga sebab dengan kata - kata kita mungkin boleh menyebab hati sahabat ataupun orang sekeliling kita terguris hati dan perasaan. Ubat untuk gurisan ini tidak mungkin bagi sesetengah orang itu cukup dengan sekadar ucapan maaf..

So, berhati - hati lah dalam menuturkan perkataan dan menterjemahkan kalimah. Pepatah melayu pom ada sebut yang terlajak bot boleh diundur, terlajak kata, parah la jawabnya. Ubi nak datangkan hadis kat sini pom... ubi tak hafal hadis. Jangan berdusta. ITu lah rule bercakap yang perlu kita berhati - hati.

Rasa cam panjang sangat da, Tapi,, nak habiskan sikit pasal berpada - pada dengan rezeki. Berpada - pada maksud di sini adalah merasa cukup dan bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Janganlah kita menjadi macam Firaun, semakin banyak nikmat yang diperolehinya, semakin bongkak dan sombong dia dengan Allah YAng Khalik.

Ingatlat, jika kita menyukuri nikmat Allah Taala, nescaya ditambah lagi nikmat itu oleh Allah Taala. Kalo korang tak caye, korang try buat la. Ubi tak nak jadi orang yang mengkufurkan nikmat Allah Taala kerana tidak ada pom makhluk yang hidup tanpa nikmat dari Allah Taala. So, kalo tak kufur, kena syukur la kah? Keke...

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿لقمان:١٢ 

Untuk wasiat seterusnya kita sambung lain kali je..Ada 9 lagi wasiat. Ok..selamat sayyidul Ayyam...ehehe

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-