Careffour lari dari Asia?

1 comment
Salam semua. Aku skang ni nak buat perubahan skit kat blog aku ni. Tak nak la asyik post pasal bola je. Mesti boring jugak kan? Kalo aku yang tak boring.. Mesti korang pulak yang boring. Jadi, aku skang ni nak isi blog aku ni dengan entry2 yang aku rasa nak masukkan je. Tak kira la pasal apa pom. Apa yang aku rasa nak buh kat blog ni, aku bantai je. KEke.. Sebab skang ni blog ni dah jadi blog aku. Partner aku yang sebelom ni dah chaw pom. Ari tu kata nak post sama-sama pasal Arsenal. Masing-masing ada kerja masing-masing. Jadi mungkin juga diorang tu tengah sibuk dengan kerja diorang masing-masing. Hehe, Korang jangan risau la...aku dah mintak izin partner aku nak ambik alih blog ni sebagai blog aku. Hehe..

Hari tu aku baca paper Kosmo yang secara online tu. Aku ada terbaca yang Carrrefour kat Asia ni dah nk tutup kedai. Tak nak lagi buat pasaran kat rantau asia ni. Ni mesti ada sebab dan problem diaorang sampai pasaraya yang brand dia dah kukuh di rantau dunia ni nak lari dari pasaran Asia. Hehe. Saspen betol kan? Aku pom tak tahu pada mulanya sebab apa diorang ni lari dari Asia?

Pastu, aku pergi la intip-intip dan cuba tanya yang arif sikit pasal pasaran dan ekonomi ni. Diorang ada cakap yang Carrefour skang ni kurang bajet sikit sebab ramai sangat yang dok boikot diorang. Jadi, kroang kat luar sana tu, teruskanlah boikot Carrefour ni. Jangan bagi chance pom. Diorang ni suppoet yahudi yang memang jahat tu dalam operasi membunuh umat Islam kat Palestin. Selagi korang semua ni boikot orang yang dok bersekongkol nga yahudi, selagi tu korang akan mendapat pahala.

Tapi, ada sorang menteri Mesia, aku pom tak ingat nama pe dia Menteri ni. Dia ni bimbang jugak takut ramai pelabur luar yang lari dari Mesia kerana menganggap yang pasaran kat Mesia ni tak kukuh dan tak efektif. Menteri kita ni tak percaya yang Carrefour nak lari dari Mesia sehinggalah pihak Carrefour ni sendiri yang mensahihkan. Aku rasa pihak menteri pom bimbang kalo Carrefour ni lari dari Mesia. Takut ramai yang terikut dengan Carrefour ni.

Ala..korang tak yah risau la kalo Carrefour tak de. Harga barang kat kedai diorang ni lebih kurang nga Mydin je. Tu pom kadang - kadang Mydin lebih murah. Hehe. Kat paper hari ni, Dr. Mahathir bagi tau yang Mesia mungkin akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang berlipat ganda-ganda. Aku pom tak tahu berapa ganda dia nak lipat. Dia bagitahu, Mesia akan mengalami kemelesetan berganda ini sekiranya negara Eropah menghadapinya dahulu. Hehe..Macam berkait la kalo ikut bahasa mudah.


Hal Mahathir ni aku tak mahu citer panjang-panjang sebab ah ada orang yang tulis dan cerita pasal dia ni dalam sebuah buku. Kalo korang nak tahu lebih lanjut pasal dia ni, korang cari la buku tu. Buku ni boleh dikira sebagai barang hot jugak la.. Ari tu Kementerian Dalam Negeri dah pom rampas buku ni sebanyak 800 naskhah. Haha. Biasala KDN. Kerja dia la kalo bab merampas-rampas ni. Skang ni pom tengah riuh yang dia nak gantung akhbar Harakah dan juga akhbar milik pembangkang ni. Tu kerja dia, tengok sejauh mana dia boleh pergi. Keke. Aku chaw dulu. Banyak-banyak pom korang tak baca pom. Aku sangat sure dan jugak gerenti korang tak baca pom. Ok je. Aku tulis pom saje je. Nak habiskan masa ni je. KEke
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia