Skip to main content

Amalan Penghapus Dosa...

Assalamualaikum semua..syukur alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas junjungan NAbi Muhammad S.A.W. penutup kepada sekalian Nabi. Sempena hari Jumaat ni yg mana dipanggil jugak dengan nama Sayyidul Ayam iaitu penghulu segala hari, ubi ada sedikit tazkirah untuk dikongsi dengan pembaca semua. Kadang2 tu, kena gak selit dengan beberapa tazkirah supaya kita ni tak tergolong dari org yg lalai. Ingatlah, yg syaitan itu sangat suka melalaikan orang. Ok kan kalo ubi post tazkirah sikit. Tambah2 plak hari ni tak banyak berita sal Arsenal.

Tazkirah hari ini adalah mengenai amalan2 yg dapat menghapus dosa kita. Ingatlah yg Allah Taala itu Maha Pengampun kepada hamba2 Nya. Setiap dosa yg dilakukan pasti akan diampunkan oleh Alla Taala melainkan dosa syirik. Selain itu, Allah Taala juga memberikan kemurahan dan keutamaan kepada hamba2Nya dengan mensyariatkan amalan2 yg dapat menghapuskan dosa di samping hamba2 itu sendiri bertaubat.

Jadi, dalam senarai ubi ada 17 semua amalan2 yg dapat menghapuskan dosa ini. Jadi, ubi ambil ni pom daripada sumber2 je dan mungkin juga ada amalan lain selain amalan2 yg ubi senaraikan ini. JAdi, yg mana salah tu, ubi mintak kat mana2 sahabat yg membacanya dapat memberi teguran atas kesalahan ubi ini. Huhuhu..

OK..amalan pertama iaitu menyempurnakan Wudhu' dan berjalan ke masjid sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah S.A.W :

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ

Yg mana mafhumnya: MAhukah kamu semua aku tunjukkan amalan yg dapat menghapuskan dosa dan dapat megangkat darjat kalian semua? Mereka menjawab: Ya Rasulullah. Rasulullah bersabda : Menyempurnakan wudhu' ketika sulit. memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat ke satu solat yg lain kerana hal itu adalah ribath. (HAdis Riwayat Muslim dan Al Tirmizi)

Disinilah kita lihat betapa kasihnya Nabi kita kepada umat2 nya. Sesungguhnya Nabi kita hanya menginginkan yg terbaik untuk umatnya. Kalo lah kita semua renung2 dan tenung2 kan..ambil wudhu' bukanlah satu perkara yg susah dan perkara ini seakan sudah sebati dengan kita kerana tiap2 hari kita sebagai Muslim solat 5 waktu dan ini secara tidak langsung memerlukan kita berwudhu'. Cuma di sini adalah wudhu' di waktu sulit yg mana ubi blh bg contoh sulit di sini adalah wudhu dikala kita merasa berat untuk berwudhu' yg mana keadaan sekeliling ataupun nafsu kita berlainan dengan kebiasaan kita mengambil wudhu'. Umpamanya kita mengambil wudhu' di waktu sejuk yg mana cuaca yg sejuk menyulitkan kita dan ditambah pula dengan nafsu kita yg mengatakan tidur itu lebih enak dikala waktu sejuk sebegini. Hah, tu la salah satu keadaan menyulitkan. Ibarat kata banyak halangan la. Haha..Ubi pom tak tahu gak..


Boleh juga kita nk beramal dengan mengambil wudhu' di waktu sulit ini adalah dikala ingin solat subuh di kala masuk waktu. Disitu lah kita dapat menguji tahap keimanan kita. Sama ada dah tahap tinggi ataupon rendah. Tapi, kena ingat gak, kalo time tu iman kita tinggi kerana dapat bangun mengambil wudhu' dikala sejuk2 dan solat subuh berjemaah ianya tak bermakna yg iman kita akan berada di tahap tu je sbb iman manusia ni sentiasa berubah2. Ada ketika tahap iman manusia ni tinggi, dan ada ketikanya tahap iman manusia ini rendah dan menjadikan manusia ini lebih hina dari yg hina.

Dalam sabda Rasulullah S.A.W yg lain :


إِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَا يُخْرِجُهُ أَوْ قَالَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا إِيَّاهَا لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Yg mana maksudnya: Jika seseorang berwudhu' lalu menyempurnakan wudhu'nya kemudian berangkat untuk solat dengan hanya niat untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah melainkan Allah Taala mengangkat satu darjat dan menghapus satu dosa.(HR Al Tirmidzi).

Allahuakbar...betapa Maha Pemurahnya Allah Taala untuk mengampunkan dosa2 hambanya. Cuma kita ini je yg sering mencari alasan untuk tidak bertaubat."Aku dah banyak dosa,,tak perlu nk bertaubat pom"..kata2 yg sering kali keluar dari mulut orang2 jahil. Dia langsung tidak bersangka baik terhadap Allah Taala. DEngan berjalan untuk Solat pom Allah dah ampun dosa kita, apatah lagi dengan orang yg bertaubat dengan taubat sepenuh2 hati a.k.a taubat nasuha. Mudah2an Allah Taala ampunkan dosa kita semua.. Sama2 la kita memperbanyakkan istighfar dan seringkali beramal dengan sentiasa berada di dalam wudhu'...Huhu..ubi chaw dulu ye..au revoir..wassalam.©

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-