Skip to main content

Posts

MIMBAR JUMAAT 31 JULAI 2015

DISCLAIMER : Siri Mimbar Jumaat adalah entry yang hanya fokus kepada intipati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib pada setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat didirikan. Bukan nak bagitau aku ni pergi solat Jumaat ke tidak. Lain tempat, lain isi khutbahnya kan? So, ini sebagai peringatan kepada aku sendiri yang kadang kala selepas solat Jumaat je terus lupa apa yang Tok Khatib pesan atas mimbar tadi. Mimbar Jumaat semalam, tok khatib memfokuskan kepada adab dalam menggunakan media sosial. Seiring dengan kemajuan teknologi, nampaknya adab insan dalam menggunakan teknologi juga semakin advance. Makin liar dan tidak terkawal. Sedangkan, sepatutnya kita yang menggunakan teknologi atau pun sains itu untuk kebaikan kita, bukannya kita yang dimanipulasi oleh mereka. Isi penting atau pun adab - adab yang penting ketika menggunakan media sosial boleh lah disimpulkan seperti berikut:- 1) Jangan gunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah. Manusia memang tidak lepas dar

TPM DIGUGURKAN JAWATANNYA

Rasa macam tak nak terlepas untuk update blog dengan isu yang bersejarah dalam Malaysia. Isnin, 28 Julai 2015 adalah suatu tarikh yang menjadi sejarah dalam arena politik Malaysia. Kalau sebelum ini, tahun 1998 adalah suatu tarikh keramat yang sering kali dilaung - laungkan oleh puak pembangkang. Peristiwa yang sama, cuma waktu dan watak yang berbeza. Bukan nak sembang politik sangat. Paling kurang kita tahu perkembangan dan status yang negara kita tengah hadapi sekarang ini. Nampak je orang atasan ataupun orang - orang yang berkuasa berkelahi merebut kuasa dan jawatan, tetapi... yang tercekik adalah marhaen di bawah. Kan? Aku tak nak campur sangat, sekadar cetus pandangan yang tak seberapa je. Kadang - kadang tu nak juga buat analisis macam yang astro awani buat tu. Tapi, tak tahu boleh pakai ke tidak analisis aku ni. Haha. Rakyat pasti tertanya - tanya kenapa Abang Jib sampai perlu menggugurkan Abang Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri? Salah sangat ke Abang Yiddi

Nak Pegang Ubun - ubun Isteri

Sekarang ni, trend yang tengah top adalah populariti dan ketarikan terhadap sesuatu untuk menarik perhatian orang ramai hatta dalam perkahwinan sekali pun sehingga kita lupa terhadap batas - batas yang telah digariskan oleh syarak. Kita suka kalau majlis kita kahwin tu, cara dia grand sikit, lain dari yang lain sikit. Ada kelainan, boleh jadi akan ada populariti kan? Jadi tumpuan kan? Viral... Boleh tengok, sejak bila trend pegang ubun - ubun isteri ini menjadi trend dalam majlis perkahwinan. Siap diambil gambar lagi, siap fotographer arahkan lagi bila kena pegang, bila boleh mula 'upacara' pegang ubun - ubun isteri di khalayak ramai. Benda yang telah digariskan oleh syarak supaya dilakukan ketika tengah berduaan, kenapa nak dijadikan tontonan awam?  Ini hanyalah contoh. Satu lontaran soalan. Zaman sekarang adalah zaman untuk anak - anak muda seperti dan pada zaman ini adalah zaman yang penuh dengan pembaharuan. Ada saja benda - benda yang baru dalam sesuatu perkara