Skip to main content

Posts

Cuti Sekolah Mac Ini

Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.' MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia tidak kemana wala

Berhati - hati Ketika Berada di Tanah Suci

Mungkin masih ramai yang mengganggap orang - orang yang berada di sekitar Mekah atau Madinah semuanya adalah baik - baik belaka. Tidak salah untuk bersangka baik terhadap semua orang bahkan itu adalah yang lebih baik dan lebih elok. Namun, perlu diingatkan yang tempat yang suci, tempat yang mulia tidak menjamin bahawa manusia - manusia berada di dalamnya turut mulia. Dalam kawasan Tanah Haram (Mekah dan Madinah) ada sahaja pencuri - pencuri dan penyeluk saku. Mereka itu Islam tetapi mereka seakan tidak takut dengan hukuman Allah even Kaabah berada dekat dengan mereka ataupun kubur Nabi S.A.W hampir dengan mereka. Sebab itu, mana - mana jemaah yang datang menunaikan umrah ataupun haji, diminta untuk berhati - hati. Sentiasa mengambil berat tentang dompet yang berada dalam saku ataupun kocek lebih - lebih lagi selepas melakukan urusan penukuran mata wang. Terbaru, ada satu kes yang mana ada seorang lelaki yang dipercayai ahli Syiah yang menyamar sebagai perempuan. Menyamar perempuan