Skip to main content

Posts

Happy Birthday to You

Di sini aku nak untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat jauh di malaysia sana. Seorang blogger yang famous dengan panggilan ostad jiji. Pemilik blog Nesloo . Mohamad Azizi Azahazuhari. Nama dia setakat Azizi je, yang belakang tu nama bapa  dia. Haha. Tuannya handsome. Cute. Pakai spec. Body tough mengalahkan Justin Bibir. Dulu la tough. Sekarang ni tak tahu la macam mana.. haha.. maybe tough juga. Tapi bentuk je lain. Tak banyak aku tahu pasal dia ni. Aku cuma first kenal dia masa zaman sekolah menengah. Masa aku form 1 tu dia dah form 4. So, aku tak kenal sangat la brader ni. Lagipun masa kat sekolah dulu. Dia ni taiko. Semua junior kalau boleh tak nak terserempak dengan dia. Garang sangat. Kalau lalu ikut dorm number 104 masa tu, sah la.. akan ada suara memanggil dari dalam bilik tu.. " Woiii budak, masuk sini kejap.!! ". Abang taiko panggil, takkan buat derk je kan budak - budak tu. Haha Biasa budak tu akan masuk, kalau berdua, sorang akan

Masing - masing

Politik tengah rancak. Harga emas tengah turun. Madinah makin panas. Hati bertambah rindu. Tengok, semua benda tersebut masing - masing tidak mempunyai kaitan dengan yang masing - masing. Masing - masing punya isu tersendiri dan pengolahannya yang tersendiri. Sebagaimana hidup seseorang. Masing masing punyai agenda masing - masing. Banyak kan masing - masing? Biasalah, masing - masing ada cara masing - masing. Ikut citarasa individu masing - masing untuk penggunaanya. Politik tanah air makin panas. Siap ada markaz partis yang kena bom lagi. Dah macam movie pula lagak politik di Malaysia. Penuh dengan konspirasi. Sehingga siap ada khabar angin mengatakan sampai berpuluh billion duit digunakan untuk berkempen. Kalau betul sampai berbuluh billion. Sah, ini gila!! Sementara politik tengah rancak dan hangat membara, pengerusi Public Gold menyarankan agar sesiapa yang punya duit lebih untuk membeli emas. Dikatakan harga emas turun mendadak sejak dari tahun 90 an. Mungkin dia juga ad

Politik dan Kehidupan

Nun jauh di Malaysia mesti tak habis lagi pasal politik. Tajuk entry pun aku nak letak perkataan politik jee. Haha. Dah memang sebati dah politik dengan kaum melayu ni. Pelbagai isu hangat dimainkan sekarang ni. Pelbagai manifesto sibuk dijulang. Lepas PRU nanti, redalah sikit tu. Tunggu 5 tahun lagi untuk hangat kembali. Tunggu manifesto baru pula. Kita lupakan manifesto yang tak terlaksana. Ni bukan entry politik, ni adalah entry bebas. Tidak terikat dengan mana - mana parti politik. Tidak terikat dengan mana - mana syarikat kerajaan. Hanya seorang yang miliki account google dan menggunakan khidmat google blog untuk menulis. Hehe. Kalau google bertanding, menang besar ni. Ni juga bukan nak cerita pasal google. Sebernarnya ini adalah cerita kehidupan. Manusia seperti kita ni, tak kira dari parti apa pun.. kerja apa pun, asalkan dia itu adalah keturunan adam dan hawa, semuanya akan menjalani empat peringkat yang kehidupan. Itu adalah kepercayaan Islam. Lain