Skip to main content

Posts

Langkah Pertama

Sampainya kita ke destinasi yang jauh itu tak dapat tidak kena dimulakan dengan langkah pertama. First step kalau bahasa mat salleh nya. Mat salleh tak semestinya dia orang soleh ye.  So, sesuatu perjalanan yang jauh dan tibanya kita ke destinasi yang dituju itu dengan adanya first step. Bermulanya first step ini bermakna bermulalah satu adventure yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya. Kita tidak sedar yang kita dalam adventure. Jeng.. jeng.. jeng.. Sama juga hal ketikanya kita untuk menggapai apa jua matlamat yang kita idamkan dan juga inginkan. Nak itu. Nak ini. Tapi, setakat nak je.. usaha tak ada. Nak kawin je.. isteri tak nak cari, kerja malas. Habuk juga kan..? Nak berjaya, nak cemerlang, nak lulus dalam pelajaran... studynya tidak... tidur je lebih... kelas jarang - jarang je pergi.. apa kesudahan nya? Sama - sama sudah tahu jawapannya. Kalau tak gagal, teruk juga la keputusannya. Tapi, pergi kelas jarang - jarang tu pergi juga.. Kira first step la tuu.. Ye..

Nilai Dahulu

Aku asyik dengan satu kisah dalam facebook yang dikongsi oleh seorang rakan. Nampak Islamik. Ye.. memang Islamik sangat. Kisah berkisarkan tentang “ Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w”. Kita sebagai pengikut setia agama yang dibawa oleh baginda mesti ingin mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan baginda. Tambahan pula benda – benda yang sebegini rupa yang jarang didengari oleh telinga kita sendiri. Ke mana perginya air mandian jenazah? Tidakkah otak kita akan terus tertarik dengan tajuk ini? Kisah yang dibawakan itu tidak terlalu panjang. Mungkin boleh dikongsikan di sini. Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut. Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah meli

Kalah itu Sudah Adat

Fan Man Utd tengah sedih, tengah marah, tengah kecewa, tengah sayu. Mungkin bukan rezeki Man Utd untuk menjulang trofi Champion League musim ini. Nampaknya team Man Utd bukan lah team terkuat di Eropah untuk musim ini. Hanya propaganda je lebih. Haha. ( tengah provoke) Harap fan Man Utd terus bersabar dan teguh di atas landasan yang betul. Mungkin ada yang tak puas hati dengan refree semalam. Tindakan ref salah. Ye, aku pun rasa begitu. Tindakan refree melayangkan kad merah kepada Nani adalah seakan kejam dan nampak memihak kepada Real Madrid. Tapi, siapa tahu... akal pertimbangan ref masa tu sedang keliru. Mungkin orang kata ref dibayar Real Madrid. Mungkin orang kata ref itu tidak adil. Tapi, keputusan ref sudah tetap, dah ref adalah raja di atas padang. Say No... silap - silap sekali dengan orang tu dapat kad. Haha Game malam tadi memang best. Serious. Ada fight la. Man Utd pun nampak leading awal dengan hasil pertolongan Ramos. Game laju. Giggs pun nampak cergas sangat. Ga

Min Ainal Bilad

Kelas tafsir tadi memang sedikit mencuit hati. Aku pun hairan. Biasanya syeikh tu serius je bila mengajar. Selalu punctual. 10 minit pelajar masuk selepas kelas bermula akan dikira tidak hadir. Bagi alasan tak diterima, MC tak ambil. Nak settle pergi cakap dengan pihak pentadbiran kuliah. Settle dekat sana. "Aku hanya menjalankan tugas je, ikut apa itu peraturan diberikan kepada aku." Aku rasa sedikit terhibur dengan syeikh punya sikap macam ni. Budak - budak Saudi memang dah maklum dah, kalau kelas last, selalu je ada 4 5 orang pergi cakap dengan syeikh, bagi alasan yang tak boleh diterima akal.. nak balik awal. Minta keuzuran katanya. Rumah jauh.. nanti sampai lambat, mak dah tunggu nak makan lunch sama-sama. Hampeh..tak pandai langsung budak Saudi ni buat alasan.  Kelas tafsir ni memang kelas last biasanya. Tadi ada dua tiga orang yang minta keuzuran, nak balik.. tapi nak suruh syeikh tadi tanda yang dirinya hadir. Hampeh. Kerja nak senang je. Saudi takut sangat k

Lain tempat Lain bentuk

Sayu bila terbaca satu keluhan seorang insan nurani di facebook. Betapa banyak dugaan dan ujian untuk menunaikan satu ibadah yang diibaratkan seperti tiang agama itu. Ujian itu tidak lain sifatnya adalah untuk menguji. Mana mungkin orang itu dikira beriman jika belum didatangkan ujian. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Nya yang beriman. Amin... Beginilah kehidupan muslim di luar negara. Sentiasa mencari tempat untuk bersolat tidak kira tempat. Kami di sini, berwuduk pun guna sinki je. Kalau winter, hanya Allah yang tahu betapa bekunya ambil wuduk. Ada yang berbekalkan sebotol besar air bawa ke class untuk dijadikan air untuk mengambil wuduk bila tiba masanya. Ada juga diantara kami dimarah apabila meminta izin untuk keluar dari class sekejap bagi menunaikan solat. Ada juga diantara kami yang solat di bawah tangga university.Alhamdulillah, dengan kepayahan itu mengajar kami untuk lebih menghargai islam :) Status di atas adalah keluhan daripada seorang pelajar

Tak Boleh Lewat

Pagi Sabtu, Kelas keempat daripada lima kelas semuanya. Aku menanti kedatangan lecturer di luar kelas. Kelihatan ramai budak Saudi berkeliaran di luar kelas. Rata-ratanya berjubah putih. Kain serban merah di letak atas kepala. Seakan tudung jika seimbas lalu. Mungkin di Malaysia dikenali dengan kain serban. Di sini pula dikenali dengan syimagh . Itu adalah pakaian mereka. Dari yang muda hinggalah yang tua. Berjubah putih berkelubung kain serban merah atau pun putih. Lima minit berlalu. Masih tidak kelihatan kelibat lecturer yang mengajar subjek Feqh 7. Subjek Feqh 7 lebih menumpukan kepada hukum hakam jual beli. Pertama kalinya lecturer ni masuk, dia mengajar tentang jual beli tempahan. Bai’ As Salam bahasa Arabnya. Apakah definisinya, apakah hukumnya di sisi Islam, apakah dalilnya dan juga apakah permasalahan yang akan dibincangkan. Sehingga minggu lepas sahaja sudah sampai kepada perbahasan tentang hukum jual beli haiwan secara tempahan. Apakah ianya dibolehkan atau seba