Skip to main content

Posts

Sambut Anak

Perkara yang kelihatan kecil tapi besar dalam keluarga yang sudah semakin terpinggir. Menyambut kepulangan di muka pintu. Isteri sambut suami, suami sambut isteri, ibabapa sambut anak-anak, anak-anak sambut ibubapa..Masha Allah..Cuba amalkan..inshaAllah pasti akan rasa lain mood. Kemudian cuba tinggalkan pula, pasti akan merasa mood yang tidak gembira ketika kepulangan itu. - UZAR Selamat pagi sabtu warga Malaysia, Selamat petang buat warga Dublin dan selamat petang yang nak malam juga kepada warga Saudi. Pagi Jumaat tadi, feeds dekat Facebook aku diupdate dengan status daripada UZAR seperti di atas tu. Nampak ringkas kan..? Tapi padat buat orang yang dah berkeluarga. UZAR pun rasanya ambil quote daripada isteri dia, memang sweet je kan nampak..? Haha Padat buat orang yang dah berkeluarga?  Ye la, memang orang yang berkeluarga perlu jaga benda - benda yang macam ni. Benda yang mana dapat menjuruskan keamanan dan kedamaian dan juga kebahagiaan rumah tangga diorang. Aku

Pusingan Pertama, Arsenal Kalah kepada Bayern Munich

Macam mana fans Arsenal..? Frust tertonggeng ke..? Jangan tidur lagi.. Solat subuh dulu. Frust pun, solat jangan tinggal. Haha. Nanti bertambah - tambah kefrustan nanti. Bola frust dunia je. Tinggal solat frust dunia dan akhirat la nampaknya. Betul tak..? Arsenal nampaknya dimalukan lagi di Stadium Emirates pada malam ini dengan kecundang kepada Bayern Munich 1 - 3. Sungguh malang kita kalah, tetapi bertambah malang apabila kalah di tempat sendiri. Kita yang tengok kat TV ni okay lagi, tengok result kat livescore pun okay lagi.. yang tak okay adalah fan kita yang tengok kat stadium tu. Mahal kot tiket. Syabas untuk diorang, membuktikan mereka memang fan sejati. Game dah okay tadi. Penguasaan bola di atas padang pun kita lebih tadi. Cuma corak permainan tu kita kurang. Entah, kita tak dapat menyerang atau pun kita memang tak dapat nak tembus kubu pertahanan mereka. Skuad dah macam biasa. Shezni, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelan, Wilshere, Cazorla, Ramsey, Arteta, Podols

Kawan Malaun

gambar cilok fb I nternet nampaknya makin parah apabila tiba hari - hari kemuncak. Hari yang mana ada dalam 7 hari lagi untuk tamat service. Unlimited, tetapi ada limit. Pelik bukan...? Pakej internet aku ambil ni katanya unlimited download and unlimited speed.. bukan kemain aku download.. last - last tak sampai hujung bulan dah slow. Rupanya ada had sampai 30GB je.. lebih dari tu speed internet akan jadi slow, slow dan slow. Tu pasal internet. Macam tak ada kaitan dengan gambar kat atas tu pula kan..? Tapi aku pantang kalau internet laju, ada je benda yang nak download. Siap buat qu eu e lagi dekat torrent dan IDM. Haha. Gambar kat atas tu memang ada betul nya. 100 peratus kot betul dalam kehidupan aku. Kawan memang memainkan peranan penting dalam proses belajar, kalau dapat kawan macam kat atas tu... satu je nak tanganinya, hati kena kental. Telinga biar pekak. Haha. Hati kena kental apa yang kita azamkan, telinga kena pekak daripada kata - kata negative orang sekeliling k

Program Bersama UZAR

Minggu lepas aku sempat menghadiri satu sesi bersama ustaz tanah air kita yang terkenal iaitu Ustaz Zaharudin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan UZAR. Seorang ustaz yang aku hormat dengan kedudukan ilmunya dan amat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Islamic Banking. Mungkin bukan dia seorang je dekat Malaysia yang pakar dekat Malaysia dalam bidang tu, tapi dia adalah antara pakar yang menempah nama di media tempatan. Dia datang mengerjakan ibadat umrah dan peluang itu telah digunakan oleh pelajar di sini untuk memanfaatkan masa bersama beliau. Aku tak nak membazir ruang dengan menceritakan pelbagai benda celoteh yang membazir untuk dibaca. Kan..? Hanya cukup untuk menceritakan apa yang dikongsi oleh UZAR bersama – sama dengan aku. Haha.. poyo. ( Ni kira note untuk diri aku sendiri la ni sebab malam tu aku tak catat pun apa yang dia bagitau. ) UZAR hanya memfokuskan kepada mentaliti pendakwah dalam skop kesederhanaan. Iaitu satu skop yang perlu diguna pakai oleh

Arsenal Kecundang

Takziah buat fans Arsenal kerana team anda nampaknya terlepas satu lagi piala untuk musim ini. Piala FA . Arsenal nampaknya kecundang di peringkat kelima apabila tewas kepada Blackburn pada match malam tadi. Sedih bukan..? Kalah pula dengan jaringan satu goal dan perlawanan pula di halaman sendiri. Memang fans team lain sedap je dok sindir fans Arsenal esok. Kepada fans Arsenal, sila tabahkan hati dan cekalkan semangat. Perkara tu dah biasa dah kan..? Lali dah dengan semua tu.. Aku rasa fan team lain pun dah boring dah nak bahan fan Arsenal. Haha. Aku sekarang ni buat senyap je kalau team lain lain kalah, jadi..diorang ingat aku tak active sangat.  Padahal..aku sekarang berada di zon bahaya sebab prestasi Arsenal selalu tak menentu. Jadi.. kalau aku asyik dok bahan team lain.. lepas tu Arsenal kalah teruk pula, memang kaw - kaw la kena bahan. Haha. Sekarang ni nampaknya kena senyap - senyap la dulu. Bermain di balik tabir. Kita tunggu masa yang sesuai..baru kita menyambar man

Tudung Islamik

gambar cilok dekat fb. Kesian kan perempuan. Nak pakai tudung pun kena ada pelbagai syarat dan cara yang betul baru lah menepati piawaian menutup aurat yang betul. Tapi, yang negative je yang akan fikir macam tu. Dia nampak dia je yang susah, nak pakai lagi..bila dah pakai tu rasa tak selesa la pula. Panas la, rambut rosak la. Haishh..macam - macam. "Kau lelaki, senang la cakap sebab kau tak pakai tudung.." ambil kau lelaki. Kan dah kena. Haha. Tapi, kalau fikir cara positive, memang seratus peratus pemakaian sebegitu memberi kelebihan kepada perempuan. Mana tidaknya..? Islam menyuruh sedemikian mesti lah hundred percent betul dan tidak ada cacat celanya!! Piawaian dari Allah kott.. tidak ada yang Maha Sempurna melainkan Allah. Tidak kah Islam itu syumul? Belajar Tasawwur Islam masa form 5 mesti tau kot yang Islam itu sempurna dan tidak lapuk biar zaman beredar seribu tahun pun. Biasanya sifat fitrah tu tidak akan menipu. Perempuan Islam yang tak bertudung mest

Rabu Berkata

gambar cilok Ada lagi ke wordless wednesday sekarang ni..? Biar gambar je yang bercerita. Tapi, gambar aku tak bercerita sangat sebab gambar aku ada words di dalamnya. Haha.Wordless with word. Boleh ke..? Tak penting yang tu...yang penting, bila hari rabu..maknanya esok cuti la. Ayat di atas ni memang dia nak suruh kaum lelaki ni berjaga - jaga kot. Silap besar jika pasangan dia tu lebih gembira ketika bersama dengan orang lain berbanding dengan dia sendiri. Kaum lelaki tu kena memberi perhatian lebih kepada pasangannya. Mana ada orang kata dia suka kepada seseorang itu, tetapi seringkali mengabaikannya. Betul tak..? Lelaki yang betul - betul menyayangi pasangannya, confirm dia akan ambil berat sangat pasal pasangan dia. Dia dah tak kisah pasal perempuan lain. Dia dah tak gedik nak comment dekat wall perempuan lain, dia dah tak gatal nak bermesej dengan perempuan lain. Dia hanya nampak orang di depan dia yang betul - betul dia sayangi. Mungkin ada jealous jika dia tak dapat men

Stick Together

"Allah is everythings, he always with us in no matter condition we are"  Bila baca quote kat atas tu kadang - kadang kita terfikir sendiri, termenung berapa banyak kita ingat kepada Allah dalam setiap keadaan kita. Kebanyakan kita hanya ingat Allah pada masa kita ditimpa musibah je. Masa kita ditimpa sakit atau ditimpa dengan pelbagai masalah dan seumpanya. Masa tu lah mulut ringan merintih Allah..Allah..Allah.. tolonglah hamba Mu ini ya Allah. Bila kita senang, kita mudah lupa siapa tempat kita mengadu tika kita dalam kesusahan. Nampak, manusia itu mudah lupa dan hanyut dalam arus kesenangan dan kemewahan. Sebab itu, ingat lah Allah ketika kamu senang, nescaya Allah akan ingat kamu ketika kamu susah. Part ni memang sangat menguji sebab tak ramai diantara makhluk yang bergelar manusia ingat kepada Allah bila mana mereka senang. Kita mungkin tak nampak Allah secara zahir ada bersama - sama dengan kita ketika kita dalam kesusahan. Ketika kita berada dalam kesedihan