Skip to main content

Posts

Peraturan Baru

Awal February. Masih lagi dingin dan kesejukan. Seminggu yang lepas, mentari sudah perlahan mengganas dengan bahangnya. Tapi, minggu ini awan kembali memayungi bumi Madinah. Angin pula lembut menyulam si bayu. Nampaknya Saudi masih di dalam winter. Winter tanpa salju. Aman dan nyaman. Kehidupan minggu ini sudah berubah. Bukan lagi macam dua tiga minggu yang lepas. Minggu ini class sudah berjalan. 21 jam dalam seminggu perlu ditempuhi dalam minggu – minggu yang akan mendatang. Bulan May adalah pengakhiran untuk sem ini. Lamakah..? Jika dihitung memang lama, begitulah kata orang ramai.  Sem baru, peraturan baru. Selalu je macam tu dekat Islamic university of Medina. Sem ni nampaknya peraturan baru lebih memberi tekanan kepada pelajar – pelajar Saudi sendiri. Kereta sudah tidak dibenarkan untuk parking di dalam kawasan university. Relevankah? Kalau tanya aku, memang sangat relevan la.. Kenapa? Sebab, kalau budak Saudi bawa kereta ni.. memang boleh kata jin l

Nacho Monreal untuk Arsenal

  ENTRY ARSENAL!! Fans Arsenal mesti dah tahu pasal pembelian yang dibuat oleh Wenger pada minit - minit last sebelum pintu jual beli pemain untuk January ditutup. Pembelian pemain dari Malaga iaitu Nacho Monreal, berumur 26 tahun dengan kontrak selama 4 tahun setengah. Yuran perpindahan sebanyak 8.3 Juta Euro dengan gaji 50K Euro seminggu. Nacho, nama dah nak dekat dengan macho.. nasib baik tuan pun macho. Nacho bermain sebagai pertahanan kiri dan ini merupakan berita baik buat Arsenal kerana Kieran Gibbs telah pun injured untuk tempoh 4 hingga 6 minggu semasa menentang Liverpool. Satu pembelian yang berbaloi di kala fan mempertikaikan keupayaan Santos untuk mengawal benteng pertahanan di sebelah kiri. Wenger hanya membawa masuk seorang pemain dan aku rasa ianya tidak dapat membawa impak yang begitu besar. Paling tidak pun dapat berada di tempat keempat liga. Wenger tidak mengambil dia untuk plan jangka masa panjang memandangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun. Ianya se

BlackBerry 10

Budak gadget kecoh dengan keluaran produk baru BlackBerry 10 yang nampak ada kelainan berbanding peranti BB sebelum ni. Budak gadget yang anti BB terus je cakap, "Blackberak dah keluar yang baru la, funtion sama je tu..BB Messenger. Budak - budak minat bola kecoh dengan big match malam ni, Barca vs Real Madrid dan Arsenal v Liverpool. Semuanya ada peminat masing - masing. Memang begitu fitrahnya bukan.? Setiap kita ada minat dan dalam ramai - ramai manusia kat bumi ni, tak pernah ada sepakat semuanya kaum ini untuk minat pada sesuatu benda je. Contoh, pernah ke dengar yang semua manusia dari seluruh benua ni sepakat menyokong pasukan Man Utd.? Pernah..? Tak pernah. Mesti ada je hater Man Utd. Tak tahu pun apa salah Man Utd tiba - tiba ada haters. Haha.  Hatta benda - benda yang nampak jijik pun ada yang minat lagi. Bukan jijik sikit, memang jijik sejijiknya, contohnya najis. Tapi ada je puak - puak sana yang siap buat program Fear Factor lagi untuk makan benda jijik ni. T

Sampai Bila Harus Begini

Bila tibanya sem baru ni acap kali juga aku dengar cakap-cakap orang di sekeliling aku, "sem ni kena belajar baik - baik ". " Sem ni kena study awal, nanti nak exam tak kalut." " Sem ni tak boleh banyak main, nanti masa exam jadi blur.", dan pelbagai lagi ayat yang sama maksudnya..iaitu untuk study dengan baik, tak nak main - main lagi, nak study awal - awal bukannya di saat akhir. Aku bila dengar orang cakap macam tu, laju je aku menyampuk.. " Eh, okay...sem ni kita belajar baik - baik.. tapi esok tidur dulu, awal lagi.." pastu sama - samalah gelak berdekah - dekah. Bukan apa, orang yang kata mahupun orang yang menyampuk tu tahu sangat macam mana bila dengar ayat tu. Mulut dan hati tu nak sangat study awal, study baik - baik tapi.. nak buat tu berat semacam. Andai kata malam ni kata macam tu, esok pagi mesti lupa. Kadang - kadang ada yang tertidur sampai ada missed class untuk yang awal pagi. Tak salah nak berazam macam tu, lagi bagus d

New Sem

Pejam celik. Pejam celik. Berkelip - kelip kelopak mata. Tak perasan yang hampir 3 tahun aku belajar di Madinah. Hanya tinggal setahun setengah lagi berbaki untuk menghabiskan study dan seterusnya mendapat segulung ijazah dalam course Syariah Islamiah. Minta - minta dipermudahkan semuanya. Bukan mudah untuk menghabiskan masa empat tahun biarpun ada sesetengah orang kata yang ianya hanya sekejap. Sememangnya ada pahit dan manis dalam mengharunginya. Kalau diikutkan aku tak nak pergi Madinah, hanya nak stay kat Egypt.. mungkin sekarang aku dah grad, bekerja macam orang lain. Mula menggapai impian. Mula mencipta identiti diri. Tapi, diri kita diberi pilihan dan kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Itu hanyalah KALAU, sejenis permainan otak yang dicucuk bius oleh syaitan. Alhamdulillah kerana semua subject sem lepas semuanya lulus. Tak ada subject sem lepas yang perlu diulang ambil semula. Perjalanan sudah berada di suku penamat. Penamat yang ditetapkan oleh peraturan universit

new internet

Internet kembali menghirup nafas nafas baru. Hampir 3 minggu nadi internet terhenti. Nampaknya roomate pun dah balik dengan muka ceria. Dua minggu menternak segala lemak yang berada di Malaysia. Datang bersama merentas beribu - ribu KM untuk dinyahkan di sini. Berjaya atau tak mungkin lain kira. Entry ni mungkin nampak macam gedik. Awal - awal lagi dah bagi warning ni. Entry ni khas untuk FA je.  Entry ni just nak wish selamat pergi dengan baik kepada Farah Alishya yang akan terbang pada 1 a.m (kejap lagi) pada waktu Malaysia. Fly dengan flight Etihad Airways dan akan transit selama 5 jam di Dubai dan seterusnya dari Dubai akan terus mendarat di Dublin, Ireland. Just nak bagitau FA supaya jaga diri dengan baik bila berada di Dublin nanti. Walaupun dah tahu FA pandai jaga diri, tuan blog cuma nak pesan supaya jaga diri dan jaga diri lagi. Biar bertambah sikit jaga diri tu. Nanti dekat Dublin jaga kesihatan, jaga time makan. Awak tu mudah gastric, kalau tak jaga time makan, nanti per

Sakit

Sakit itu adalah kafarah dosa - dosa yang lalu. Sekiranya dia sakit, Allah masih lagi sayangkan dia, ingin menghapuskan dosa - dosa dia yang lepas. Tapi, sekiranya orang itu adalah orang yang baik, jarang sekali melakukan dosa dengan Allah, dan di ditimpa sakit, apakah ada lagi dosa untuk Allah ampunkannya?  Mungkin sakit yang diberikan kepada orang yang baik tadi adalah sebagai ujian buatnya untuk bersabar. Allah menganugerahkan pahala untuk kesabarannya dan ingin menguji sejauh mana dia redha dengan ujian sakit  diberikan oleh Allah tadi. Sungguh, seseorang itu tidak akan dikira beriman jika dia belum lagi diuji. Apakah mungkin kita dapat mengatakan kita ni beriman sedangkan kita masih lagi belum diuji oleh Allah. Jika begitu, senang sahaja orang kafir mendakawa bahawasanya mereka itu beriman. Tapi, Allah datangkan ujian keberanian kepada orang - orang kafir ini. Adakah mereka berani untuk bersaksi bahawasanya Allah lah satu - satunya Tuhan yang Maha Esa, tuhan yang tiada tu

Palito

yang colour biru tak berapa ada dekat pasaran. Rare sangat ni. haha Semalam Arsenal menang. Macam malas nak update pasal tak tengok pun game semalam. Gusar pun ada bila orang yang kita caring sangat ada masalah kan..? Wenger mungkin risau jika Jack Wilshere ada problem, Wenger juga mungkin jadi orang yang paling gembira bila Wilshere score goal kemenangan semalam. Gambar di atas memang menyimpan beribu nostalgia dalam kepala aku. Nostalgia yang 6-7 tahun yang lepas. Tengok je aku dah mula senyum. Apa tidaknya, masa zaman sekolah.. benda ni selalu jadi tarikan buat budak nakal sekolah aku. Benda ni adalah salah satu benda yang dilarang bawa di sekolah. Bawa, kantoi..sebatan tak kurang daripada satu sebagai hukuman. Maklumlah, sekolah aku bukan sekolah elite macam sekolah lain. Sekolah lain siap boleh bawa walkman lagi kan? Sekolah aku nak bawa radio kecil macam ni tak boleh. Bawa, kalau kantoi... memang kena sebat dengan rotan la. Tapi, budak - budak. Makin dilarang, m

wordless wednesday

  ** special untuk Farah Alishya :). insya Allah.