Skip to main content

Posts

musibah yang besar

first sekali adalah tahniah kepada rakyat Mesir kerana Dr. Mursi secara sah sudah menjadi presiden Mesir. aku rasa rakyat Malaysia ramai je yang nak Dr. Mursi ni menang, tak nak anak buah si Hosni Mubarak memerintah Mesir. aku pun macam tu juga. nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh Dr.Mursi. Hanya dapat memerhati daripada jauh. Mukadimah untuk entry hari Isnin. Hari minggu je dapat update satu entry untuk satu hari. Hari sekolah tak dapat buat pula. Nak kata busy tak de sangat. Aku pun baru perasan yang dkna ada dok canang-canang nama aku dalam entry dia dua hari lepas. Kalau korang nak tahu, aku dah tackle dkna tu..tapi dia yang jual mahal. Bajet. Haha Tak nak citer banyak pasal orang jual mahal. Tak de guna juga. Yang penting kita cari apa kelemahan kita sampai orang tak nak terima kita. Hehe. Dkna, tak ada orang yang perfect ada dunia ni. Memang manusia diciptakan macam tu. Mesti ada kelebihan dan kekurangan. Jangan pandang kekurangan je. Tak adil macam tu. Tapi, dalam tak

strict dengan masa

aku kagum dengan syeikh untuk subjek quran aku bagi kelas shortsem ni. muka dia nampak tenang je. suara slow je mula mula tu. seakan berbisik. nampak macam muda lagi. tapi aku tak pasti berapa umur dia. dalam 20+ kot. namanya adalah Ahmad Sultan Ibrahim. first time kelas dia. dia tekankan manhaj pembelajaran kelas dia dan manhaj dia mengambil kehadiran. ada 3 cara dia mengambil kehadiran. first adalah untuk orang yang hadir 5 minit awal, second adalah untuk orang yang hadir selepas 5 minit kelas yang mana dinamakan mutaakhirin dan lastnya adalah untuk orang ghiab ( tak hadir ). semuaya ada markah untuk dihimpun dengan markah akhir tahun nanti. nampak macam syeikh ni susah dan amat strict peraturan kelas dia. tapi, nak buat macam mana. semua dia buat tu betul kan..? bagi pengajaran sikit untuk bebudak arab yang selalu je masuk kelas lewat. dah la masuk 10 minit last, pastu buat muka tak bersalah. mengganggu kelas ada la..haha tapi syeikh ada sebab dia buat macam tu.

halal tapi benci

pernah tak kita dengar hadis " perkara halal yang dibenci/dimurkai Allah Taala adalah talak " rata rata mesti ada dengar hadis yang mashyur ni. hadis yang paling terkenal dalam kalangan orang Melayu. hadis yang digunakan oleh kaum wanita untuk menkonfiuskan suami yang mahu menceraikannya. tahukah kita yang hadis tu adalah hadis yang tidak sahih..? hadis yang maudhu'. tidak dapat dibuat hujah dan berhati hati lah dalam menyebarkannya kerana kita mungkin akan tergolong dalam golongan yang membuat dusta atas kalam nabi. ye..hadis tu memang tersohor. tapi, tersohornya tidak menjamin yang ianya adalah hadis yang sahih dan mutawatir daripada nabi. jadi, sesiapa yang nak menyebarkannya, rajin rajinkanlah diri anda untuk mengkaji dan jika yakin yang ianya adalah daripada Nabi s.a.w dipersilakan. mana mungkin perkara halal tapi boleh pula dibenci Allah. boleh diterima logik akal tak.? tak mungkin macam tu kan..?sudah semestinya benda benda yang dihalalkan oleh syariat ni ad

wordless wednesday

credit : MedikTv

wordless wednesday

panas membahang

alhamdulilah.masih lagi hidup dengan normal macam orang lain. semua 5 deria masih lagi berfungsi dengan elok. kalau korang yang baca ni terasa yang 5 deria korang masih lagi okay. cuba lahirkan rasa syukur dalam hati tu.. sedikit pun tak pe..hehe. aku kat sini kena mengharungi suhu 50 darjah celcius..kalau stay kat bilik suhu dalam 20-30 darjah celcius je. so, untuk elakkan kekeringan air dalam badan dan pembaziran air yang terhidrat akibat panas, banyak masa dihabiskan didalam bilik. layan anime naruto sambil belajar bahasa jepun. aku kena susun masa untuk keluar daripada tempat hibernasi aku dengan baik sekali. memandangkan aku mengambil kelas shortsem, masa untuk berada di bawah terik matahari hanya ketika perjalanan pergi dan balik ke kelas je. memang teruji panas kat sini, nak pergi masjid yang dekat pun iman boleh jadi nipis senipisnya.haha kena ingat. lain orang lain ujian yang Allah bagi kat kita. kat bawah ada jadual aku sepanjang shortsem. kalau korang nak belajar vocab

Khamis yang Lepas

blog sepi beberapa hari..keke.. hari khamis yang lepas aku berangkat bersama - sama dengan member untuk ke Mekah. menunaikan umrah. sudah lama rasanya tak buat umrah. dekat je jarak antara mekah dan madinah. cuma aku je yang malas. malas nak bersusah - susah. memang tak patut. tak patut dan tak patut. plan memang macam biasala kalau nak pergi ke mekah secara beramai - ramai. naik bas kat Madinah. bas yang syarikatnya nama Saptco. Aku rasa Saptco ni satu - satunya syarikat bas yang ada kat Saudi. Syarikat bas yang rasminya di bawah kerajaan Saudi. Rasa - rasa je la. SAPTCO ( Saudi Public Transport ). Kira - kira ada dalam 14 orang nak pergi mekah termasuk aku. Kat sini senang, nak bertolak baru beli tiket. Tapi yang susahnya kena beratur la. Kebetulan malam minggu, memang ramai plak yang nak pergi Mekah. Tiket dalam SR 54 untuk pergi dan balik. Harga untuk student. 50 peratus diskaun. Harga sebenar kali la dengan dua. Naik bas kat sini ada beberapa kekurangan. Satunya adalah penum