aku kagum dengan syeikh untuk subjek quran aku bagi kelas shortsem ni. muka dia nampak tenang je. suara slow je mula mula tu. seakan berbisik. nampak macam muda lagi. tapi aku tak pasti berapa umur dia. dalam 20+ kot. namanya adalah Ahmad Sultan Ibrahim. first time kelas dia. dia tekankan manhaj pembelajaran kelas dia dan manhaj dia mengambil kehadiran. ada 3 cara dia mengambil kehadiran. first adalah untuk orang yang hadir 5 minit awal, second adalah untuk orang yang hadir selepas 5 minit kelas yang mana dinamakan mutaakhirin dan lastnya adalah untuk orang ghiab ( tak hadir ). semuaya ada markah untuk dihimpun dengan markah akhir tahun nanti. nampak macam syeikh ni susah dan amat strict peraturan kelas dia. tapi, nak buat macam mana. semua dia buat tu betul kan..? bagi pengajaran sikit untuk bebudak arab yang selalu je masuk kelas lewat. dah la masuk 10 minit last, pastu buat muka tak bersalah. mengganggu kelas ada la..haha tapi syeikh ada sebab dia buat macam tu.
melakar apa yang minda sering kusut