Skip to main content

Posts

mood bercuti

hari hari di madinah masih lagi diteruskan. masih lagi dalam mood bercuti. tidur, bangun, makan. mungkin akan berterusan selama seminggu. haha.. sedang menghitung hari. hari Jumaat ni mesti tak ramai yang tinggal. ramai yang pergi ke Taif untuk mengikuti Program Hafazan Quran. tinggal beberapa orang je. nak lepak mesti tak best. yang tak pergi program tu mesti orang yang malas. dah boleh bajet dah.. aku pun tak pergi program tu..hehe aku rasa tiket 12 Julai ni aku nak percepatkan kepada 21 Jun. terasa juga duduk di Madinah pada musim panas. pukul 8 pagi tu dah macam pukul 12 tengah hari di musim lain. sangat panas. bayangkan, suhu hari - hari boleh mencecah 50 darjah celcius. ni baru permulaan. fasa pertama. hehe. ada fasa juga ke? Tengok kepada sejarah tahun - tahun yang lepas, suhu boleh mencecah kepada 60 darjah celcius. cuba bayangkan. Banyak kucing - kucing yang berkeliaran kat sini mati kehausan. Mati kepanasan. Tu yang aku rasa kena cancel plan untuk ambil shortsem. Untuk

Bas Upin & Ipin

percaya ke tidak yang syarikat bas di Saudi menggunakan nama Upin dan Ipin untuk menarik perhatian penumpang. sebenarnya aku pun tak pasti apa motif sebenar sebuah syarikat bas di Saudi ni menggunakan nama Upin dan Ipin. Tapi, yang jelasnya, memang nama Upin & Ipin terpampang di hadapan bahagian bas tu.... nak lebih jelas, tengok gambar kat bawah je. korang boleh bagi tafsiran masing - masing. haha.. tapi, aku pun konfius kalau nama upin & ipin tu adalah nama tempat. setahu aku tak de lagi nama tempat kat area Saudi ni yang namanya adalah upin & ipin... gambar ni aku cilok dari FB Haji Arshad. Orang melayu yang stay kat Mekkah. Businessman la lebih kurang. aku kenal je dia. tapi, dia mungkin tak kenal aku..haha aku pun tak pasti gambar ni edit ke tak..hehe. *kredit utk haji Arshad.

orang Jordan datang lagi

hari ahad. hari minggu dan hari untuk santai menyantai. hari ahad juga adalah hari sebenar untuk aku berlepas pulang ke malasia. tarikh yang asalnya termaktub di atas tiket untuk aku terbang bersama sama saudi airlines. tarikh 4 jun plak dijangka kaki aku sudah terpijak di alam nyata. negara nyata bernama Malaysia.kah3 tapi, itulah masalanya. tak jadi balik. extend tiket kepada bulan Julai. entah pape. rugi bilangan hari untuk aku berlibur.. biasanya macam tu la. time cuti lambat lg, mulalah terasa nak balik cepat. haaa.bila cuti dah datang, rasa tak nak pulang. tersembunyi di dalamnya hikmah. semalam sempat lagi jumpa sahabat dari Jordan yang datang buat umrah. kalau aku balik hari ni, rasanya tak sempat kot nak bermesra. mungkin sibuk dengan persiapan packing & sebagainya. walhal memang tak pernah packing awal pun. member yang kenal time aku bermusafir kat Jordan tika musim sejuk baru2 ni. sekali kenal, selamanya kita kenal. sekali bersahabat, sampai mati kita bersahab

datang kembali

selamat petang jumaat..lama rasanya tak memanaskan jari dengan menaip kata kata puitis untuk blog ini terasa dirinya terupdate. serius..lately ada je masa kosong..tapi masa kosong untuk berblog ni rasa hilang...mungkin time tu sibuk nak exam..haha tapi..rasanya nak kembali beraktif aktif..lama tak jengok blog member member alam maya..blog dkna, saizuan, kak lm, mama zul..tak tersebut kot kalau nak buat list kat sini. baru 2 3 hari exam final dah habis.. tapi, masa sekarang banyak dihabiskan untuk game. berlibur katakan.. aku berblog ni untuk isi masa lapang je. untuk tambah kenalan, untuk menghiburkan diri sambil nasihat menasihati sesama kita.kalau ada ilmu manfaat, boleh jugak share mengsharekan..?.hehe. kalau sampai terabai kerja yang utama disebabkan blog, kena stop dulu..fikir balik tujuan berblog..lagipun masih lagi belajar..itu yang utama.. hanya ini je yang mampu

Syiah itu Bahaya

Sekarang ni macam dah menular ajaran Syiah kat negara kita.. aku rasa macam tak sedap hati. Ramai rakyat kita kat Malaysia ni masih buta dengan kesesatan Syiah. Masih mengatakan yang Syiah ni tidak salah. Tidak bercanggahan dengan Islam. Janganlah kerana seseorang yang cintakan ahli keluarga Rasulullah s.a.w sanggup menerima ajaran Syiah kerana beranggapan Syiah ni kasih dan sayang terhadap ahli keluarga Baginda lebih dari segalanya. Apakah selama ini Islam Sunni tidak memuliakan dan tidak cinta kepada kaum kerabat Baginda.? Amat dangkal. Aku cuma tak mahu rakan - rakan blogger kat luar sana mengiktiraf kepercayaan Syiah ni adalah satu ajaran yang betul. Sudah cukup dengan huru hara yang Syiah porak-perandakan di dunia abad ini. Majlis Fatwa pun dah mengeluarkan fatwa yang Syiah ni adalah sesat. Sanggup mengkafirkan sahabat baginda yang paling akrab iaitu Saidina Abu Bakar R.A.!! Bagi yang malas mencari fakta dan dalil tentang kesesatan Syiah tu, satu je aku pesan.. pegang

wordless

jujur itu penting

kebanyakan dalam sesuatu perhubungan selalu je kita temui kes perpisahan disebabkan dengan tidak jujur. aku selalu je dapat report yang tak jujur kebanyakannya adalah dalam kalangan lelaki. ini memalukan aku sebagai seorang manusia yang berjantina lelaki. amat malu. serius...jujur dalam perhubungan itu amat penting. aku baru je dapat cerita dari seorang member luar negara. sebuah ikatan yang sah dengan perkahwinan pun boleh becerai berai akibat satu pihak yang tidak jujur. ini amat dikesali dengan seribu penyesalan. seribu penyesalan..ingat tu.. kisahnya tak panjang.. cuma pihak perempuan dapat tahu perkara sebenar. mungkin wanita itu sangat sensitif dengan benda ni. dia dapat tahu yang pihak lelaki ni adalah penghisap rokok yang tegar. sejak berzaman dahulu. zaman bercinta cintun dia dah buat kerja terkutuk ni. dia nekad untuk meminta cerai. demi masa depan yang bebas daripada asap. nampak tak.. betapa seriusnya. kalau si lelaki berterus terang awal2 yang dia adalah perokok tega

sadis dan sedih

Assalamualaikum untuk orang yang masih hidup lagi di hari Isnin. Tak nak kecoh pasal Man U menang. Chelsea menang pun tak nak kecoh sebab Arsenal tak main semalam.. entry ni adalah entry sadis dan frust. mungkin juga boleh dikira sebagai ujian. mungkin juga ada hikmah di sebaliknya.. 2 hari lepas, nset aku mati..kalau tak mati mesti koma sebab aku tekan punat dia tak nak juga menyala. senyap je... aku redha dan aku pasrah. takdir menentukan segalanya. mungkin kafarah sebab aku selalu main fon dalam kelas. dok wsap, dok tweet, berbalas mesej. mungkin ianya satu pengajaran. dan mungkin juga hikmahnya nak dapat fon baru..? sape tahu kan...? so, aku kena membiasakan diri dalam saat yang genting ini. saat yang mana tiada nset. ibarat di zaman sekolah rendah dahulu. mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin juga setahun. frust, tak dapat snap gambar di mana - mana. **sape nak sponsor fon satu bagitau la...buat bekal di akhirat kelak..hehe