Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

COACH SOFBOL

Atas kertas, tertera nama Jamil sebagai jurulatih sofbol. “Zahrul, tak apa ke letak aku sebagai jurulatih sofbol ni?” “Tak apa. Aku nampak hang ada bakat nak jadi jurulatih sofbol.” Jawab Zahrul, seorang otai sofbol Kuala Kangsar. Atas kertas, namanya sebagai ketua jurulatih. “Hang tak payah risau, kita nombor 2 dalam tangan.” Ujar Zahrul untuk menyedapkan hati. “Okay, kalau macam tu, aku pastikan kita dapat johan. Bawa balik medal emas!”

DONUT SEDO

Kalau sampai Kuantan, rasa macam ada yang tak kena kalau tak singgah kedai donut Sedo. Entah kenapa. Mungkin donutnya betul-betul gebu macam pemilik Sedo. Habis sebiji, nak makan lagi sebiji. Rasanya amat sedap. Tapi, sekarang ni macam susah nak jumpa pemilik Sedo. Asyik outstation. Betul la orang kata, orang bila dah berjaya, masanya selalu sibuk. Nasib baik pemilik Sedo single lagi. Kalau tidak… Emmm…

PERATURAN BAHARU UNTUK KEJOHANAN SMAN?

Usai sudah taklimat untuk sukan sekolah agama bagi peringkat negeri Perak. Nama lain yang mudah disebut adalah SMAN. “Tengok peraturan pemakaian. Untuk tahun ini, kita tidak benarkan peserta memakai seluar pendek dan tight dalam acara bola sepak. Bukan bola sepak sahaja, termasuk semua acara sukan yang dipertandingkan dalam SMAN.” Terang penyelaras teknikal seraya pengurus pasukan melihat kertas peraturan yang terdapat di tangan masing-masing. “Yang dibenarkan cuma seluar track atau seluar tiga suku sahaja. Mana-mana yang tidak setuju, kami tak akan benarkan pasukan tersebut menyertainya.” Dia menyambung. “Tapi, kalau ikut JAKIM, dia benarkan pemain memakai seluar pendek dan tight di peringkat kebangsaan.” Seorang cikgu yang sudah agak berumur mengajukan ketidakpuasan hatinya. Baginya, mungkin susah untuk seorang pemain bola sepak memakai seluar track atau seluar tiga suku ketika beraksi di atas padang. “Ya, saya faham. Tetapi, keputusan ini adalah keputusan mesyuarat di peringkat JAIP