Nampak banner dekat atas tu? Dah nak dekat dengan tarikh tutup permohonan baru nak share kan? Haha. Selagi belum sampai 10 Disember, nampaknya ruang dan peluang tu masih lagi ada untuk mana - mana ibu bapa ataupun kenalan yang punyai anak - anak yang akan memasuki alam sekolah menengah pada tahun hadapan, 2015. Terlebih dahulu, sekolah ni berada di Pulai Chondong, Machang Kelantan.
Setakat ni, aku rasa sekolah ni (Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Pulai Chondong) adalah salah satu sekolah yang terbaik ada dalam Malaysia. Boleh perhatikan bagaimana berkualitinya produk keluaran sekolah terbaik ini. Susah nak kenal produk keluaran sekolah ini? Jangan risau dan jangan resah, salah satu keluaran produk ni adalah tuan blog ni. Haha. Bermutu dan berkualiti kan tuan blog ni? Haha
So, boleh hubungi no yang tertera di atas untuk mengetahui lebih lanjut urusan untuk memohon anak - anak memasuki sekolah tersebut. No tu adalah no pejabat sekolah dan boleh bagitau nak cakap dengan Encik Fauruh. Mesti yang angkat ganggang telefon tu blushing sikit sebab orang kenal nama dia. Dah lama dah dia kerja dekat situ, sejak aku masuk form 1 lagi.
Setakat yang aku tahu, syarat kelayakan untuk masuk sekolah tu mestilah mendapat 5A atau pun 4A paling kurang dalam UPSR. Tu syarat untuk mengisi borang permohonan. Selepas tu, dia akan ada satu lagi ujian penapisan untuk memastikan yang betul - betul berkualiti dan yang betul - betul minat sahaja ditawarkan untuk belajar kat situ. Ada ujian bertulis dan juga lisan. Salah satu ujian lisan adalah, diberi 10 baris ayat Al -Quran untuk dihafal dalam masa satu jam. Jeng.. Jeng..
Jadi, sesiapa yang minat nak anak dia jadi Al-Hafiz tu, boleh mula beli kismis doa setengah kilo. Hehe. Tak adalah, maknanya boleh cuba latih anak - anak untuk hafal ayat Quran pelan - pelan agar tak terkejut nanti. Sekolah ni adalah half goverment dan half private. Jadi, yuran bulanan untuk bayaran asrama agak mahal sikit bagi aku untuk penduduk Kelantan. Pada zaman aku dulu, around 2004 - 2009, yuran bulanan sebanyak RM250. Akhir tahun 2008 tu, yuran dah up kepada RM350 sebulan. Terbaru tak tahu pula berapa. Rasanya still dengan RM350.
alhamdulilah bekas student dah rekomen sek nie..
ReplyDeletejom adik2 yg nak masuk tu dan kputusan mencapai syrt kemasukan..
ap lg mohoblah.. boleh jadi hbt mcm abg hafizan nty,..
inshaAllah.. lbh ramai al-hafiz yg akan dilhirkan..
penah dgr pasal sek nie.. mmg melahirkn pljr yg hbt2 pon
typo nama, hafizin.. hehe
ReplyDeleteok tgu Uwais 14 tahun nt. hajat mmg nk jadikn dia al-hafiz moga Allah permudah amin
ReplyDelete