ENTRY ARSENAL
Arsenal nampak semakin selesa dengan kedudukan liga inggeris sekarang. Mana tidaknya, asyik menang je untuk game yang latest ni. Paling latest menentang Sunderland, mendapat 3 mata dengan kemenangan 3-1. Apa yang pasti, Arsenal perlu kekalkan corak permainan, kekalkan kekuatan mental dan fizikal ataupun dengan kata lain istiqamah di atas jalan kemenangan ini. Istiqamah? Haha. Nak uji istiqamah ni, kita kena tengok perlawanan esok, menentang Marseille bagi kejuaraan liga eropah.
Skuad kita tampak akan kehebatannya walaupun pemain tonggak seperti Arteta dan Cazorla masih lagi mengalami kecederaan. Kita ada back up yang cukup kuat untuk menentang Marseille. Tidak lupa juga yang kita mempunyai Ramsey yang aku rasa dia sekarang ni tengah perform, dan berada pada kondisi semakin meningkat setiap kali perlawanan. Tengok game menentang Sunderland, dia menjaringkan 2 gol. Gol yang boleh dikira marvellous juga la. Terbaik Ramsey!! Tak sia - sia kaki patah ketika menentang Sunderland 2 tahun lepas.
Berita baiknya adalah, Mertesacker nampaknya sudah dapat beraksi untuk perlawanan esok. Sebelum ni, back up untuk CB ( centre back ) kita ni adalah Sagna dan si Sagna ni menampilkan aksi yang cukup boleh dipercayai di posisi tersebut. Manakala, ada berita yang tidak enak didengar, iaitu penyerang yang makin naik sekarang, Giroud dikatakan mengalami masalah lutut. Tak sure lagi sama ada dia dapat beraksi ataupun tak untuk esok. Tengok test esok, kalau green light, boleh main... kalau tak, katanya Papa Wenger kita, tempat tu akan diisikan oleh Walcott.
Ozil pun nampaknya mengalami kekejangan otot pada game minggu lepas. Tapi, aku rasa tu adalah propa Papa Wenger, saja nak buat fan rasa cemas. Chill lah, kita main team. Tak perlu bergantung kepada Ozil sorang. Kita kuat sebagai team. Hehe. Jangan lupa yang kita ada Flamini yang bersemangat untuk membantu Arsenal mendapatkan piala. Pemain senior, bekas pemain Arsenal. Mungkin pengalaman dia boleh membantu. So, sama - sama kita tengok esok lah. Kalah keji, menang puji!! Haha
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.