JEREBU MEMUTIH

Kecoh beberapa hari ini dengan masalah jerebu sehingga dewan rakyat pun ingin membahaskan isu ini tetapi ditolak oleh YB speaker. Tapi, sekarang jerebu tak lagi memutih dengan turunnya hujan sehari dua ni. Dijangka juga hujan akan berlarutan sehingga Jumaat ini. Syukur kepada Allah, Dia mendatangkan jerebu sebagai peringatan hinggakan ramai yang kalut pasal masalah kesihatan dan Dia juga mendatangkan hujan untuk kita semua bersyukur selepas itu. Semua itu ada hikmah. Alhamdulillah.

Semua maklum lah yang jerebu ni punca dari pembakaran hutan di Riau. Setakat ni sudah 10 dipanggil untuk disoal siasat pasal pembakaran hutan ni. Manusia. Jelas di sini, manusia adalah makhluk punca kemusnahan bumi ini sendiri. Tidak gitu? Betul lah macam tu. Tangan - tangan jahat manusia sendiri yang menghancurkan bumi ini. Even, saban tahun ada je saintis mendakwa ada planet yang boleh didiami manusia selain bumi. Tapi, sampai sekarang pun  tak ada lagi kan orang orang yang hidup kat sana? Haha. Tengok marikh kalau tak percaya.

Jadi, jaga kesihatan kepada korang korang yang berada di kawasan berjerebu tu. Berjaga - jaga. Pakai mask. Beli yang mahal pun tak apa. Jangan mahal sebab orang ambil kesempatan dah la. Walaupun sekarang jerebu dah makin pulih, cuma ambil perhatian untuk anak-anak kecil kita. Diorang punya flitter kat hidung tu tak macam kita lagi. Bila - bila masa boleh bagi mudarat dekat paru - paru. Silap haribulan boleh sesak nafas. Jangan pandang remeh dengan kesihatan.

Aku pun pelik, kat sini dilanda jerebu. Tapi, ada orang yang jauh di sana dilanda simtom jerebu. Macam sakit tekak, batuk, selsema. Pelik kan? Ada jerebu degil terlepas sampai kat sana ke? Haha. So, orang jauh tu.. yang stay kat Dublin tu, even tak ada jerebu.. jaga kesihatan juga yee. Jangan ambil mudah masalah kesihatan. Lagi satu, selalu jaga pemakanan.. jangan skip meals. Ingat, ingatlah orang yang tersayang. Hehe.


Comments

  1. alhamdulliah, skg ni dah baik dah semua kawasan kat Malaysia ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK