NASIB RIDER

Kalau semalam terpampang di muka akhbar Metro tajuk utamanya 'Bahana Kencing Setan'. Akhbar metro ramai yang dah sedia maklum antara akhbar yang ramai diminati oleh kaum Melayu. Mana tidaknya, tajuk yang pelik dan kontroversi sambil itu padanya ada juga yang berbaur kelucahan. Haha. Tak percaya. Tak perlu bukti. Cukup logik akal jee. Hihi.

Bukan nak cerita pasal Metro, tapi nak cerita yang mana kecuaian pemandu kereta yang mabuk dengan air kencing setan ni meragut 3 orang penunggang motosikal dengan menyeret 3 buah motorsikal. Mana tidaknya, first dia langgar satu motor, seret duluuuuu..then,.langgar satu motor lagi.. seret juga. Dah dua motor kan. Then last sekali, langgar satu lagi motor.. seret juga. Fuhh.. dasyat. Paling menyakitkan adalah yang pertama dilanggar..mesti jauh diseret.

Dalam hal ni, sah la yang pemandu kereta yang mabuk tu salah. Dah la mabuk, memandu pula dalam mabuk. Dua kesalahan kat situ. Tak perlu nak tunggu inspector polis sahkan dia salah ke tak. Haha. Kesimpulan awal yang boleh kita simpulkan, biarpun kita sudah beringat ketika di jalan raya. Selalu ingat orang yang tersayang. Berhati hati, memandu dengan cermat. Tapi, tu tak menjamin keselamatan jika bukan semua pengguna jalan raya fikir macam kita. Kita ingat orang yang tersayang, kita hati-hati la kan, orang lain tak ada yang tersayang, sebab tu dia tak berhati-hati. Agaknya la.

So, kalau sesiapa yang menunggang motosikal tu, hati-hatilah sikit. Kalau accident, bawa laju.. tak ada cedera yang biasa - biasa punya. Ingat, motor korang tu tak ada airbag yee. Haha. Jatuh tu makan jalan raya la jawabnya. Kalau accident siang hari. Jalan raya panas sikit. Tu je lahh. Nak sejuk dan selesa, pilih la waktu malam untuk accident. Haha


Comments

  1. kena wujudkan motor ada airbag , sedap sket bawak laju haha.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan umie atas ni..kuikui

    ReplyDelete
  3. Cipta motor yg bila langgar kuar belon terus motor tu terbang ke atas pulak..hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK