Higuain For Arsenal?

ENTRY ARSENAL

Lama sudah tak update berita tentang Arsenal. Bukannya hilang semangat The Gunner dalam diri  ni. Cuma tak berapa nak bermaya sikit dengan Arsenal season ni. Merajuk dengan Arsenal. Merajuk dengan Wenger. Bara Arsenal masih lagi hangat membara walaupun jarang sekali menyala menyambar. Hihi.

Terbaru pasal Arsenal adalah tentang transfer pemain baru untuk musim yang akan datang ni. Pre Open. Maybe juga pre order. Higuain adalah yang paling hangat sekarang ni dikaitkan dengan Arsenal. Deal bernilai 22 Juta euro untuk kontrak 5 tahun berkhidmat dengan Arsenal. Higuain... hmmm.. not bad la untuk ganti tempat Persie. Baru 25 tahun mamat jambang tu.

Tapi, Higuain juga dikaitkan dengan Tottenham. Katanya, Higuain akan memilih Arsenal ataupun Tottenham. Tengok team mana yang layak pergi Champion League untuk musim depan. Jadi, pre order ni nampaknya macam  tertakluk dengan syarat, dan syarat itu juga adalah munasabah diletakkan oleh Higuain. Nak main Champion League la tu.. dapat gaji lebih. Hehe

Berita lama sikit adalah pasal kit Arsenal yang akan bertukar sponsor. Kontrak Nike untuk kit Arsenal telah tamat dan nampaknya Arsenal tidak berminat lagi untuk meneruskan kontrak dengan Nike. Tukar selera maybe. Adidas pun Arsenal tak minat walaupun dipujuk rayu. Arsenal lebih berminat dengan Puma. Puma pun Puma lah. Asal kan kit dia cun.

So, Arsenal kalau nak dapatkan khidmat Higuain ni. Tak dapat tidak kena mendapat tempat keempat dalam liga. Syarat untuk ke Champion League next season. Kena menang menentang Wigan nanti.   Serious, rindu gila Arsenal zaman Henry, zaman Fabregas. Tapi, nak buat macam mana. Masa itu tidak berhenti. Hanya yang ada adalah zaman Wenger. Haha


Comments

  1. pemain muda tak konsisten, perlu diseimbangkan dengan pemain veteran skit... tapi wenger tak nak.

    ReplyDelete
  2. class beb klu puma! memang makin stylo la jersi arsenal

    hehe menarik gak rumors ni... harap jadi.. arsenal dah power, just xde stiker yg power je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK