EGO VS JUJUR

Lelaki adalah satu makhluk yang mempunyai ego pada tahap kayangan. Tinggi memuncak.  Mungkin ada lelaki yang menafikannya. "Saya tidak ego okay..". Tetapi percaya lah, sifat ego itu akan ada juga walaupun sedikit. Mungkin dia belum menemukannya dan mungkin dia tidak pernah berada dalam situasi yang menguji keegoaan dia. Lelaki, baka kita semua adalah sama.

Kadang - kadang lelaki ni akan ada satu rahsia peribadi yang cukup besar baginya. Sangat besar. Suatu rahsia yang disimpan kemas dan rapat hanya untuk dia seorang. Diletakkan security yang paling ketat. Boleh jadi rahsia itu adalah rahsia kisah lampau dia yang buat dia malu untuk mengaku dengan suasana dia sekarang. Mungkin la. Mungkin juga suatu rahsia yang sangat aib buat dia hingga dia sendiri pun tidak mahu menerimanya. Mungkin juga rahsia  yang dia ingin padamkan dalam kisah kehidupan dia. Tidak mahu ingat dan kenang lagi buat selamanya.

Tapi, dalam suatu perhubungan, haruskah rahsia ini tetap akan menjadi rahsia dengan pasangan hidup kita..? Kadang kadang lelaki akan berhenti di persimpangan ini. Merenung sejenak. Dalam dilema. Antara ego dan kejujuran. Manakah yang patut dijulang dan yang manakah patut dicampak. Dia akan menegakkan ego jika dia tidak mahu menerima kelemahan diri dia depan pasangan dia.  Dia akan terus ego sebab takut pasangan dia memandang jijik dengan rahsia hidup dia. Dia ego sebab dia tak mahu orang tahu dia ada kelemahan yang memalukan walaupun itu adalah pasangan hidup dia sendiri. Dia jantan tanpa kelemahan!!

Itu adalah jika mahu menegakkan ego. Bagi aku, kejujuran adalah segalanya dalam suatu perhubungan. Orang Dublin selalu mengingatkan aku, 'penting bagi kejujuran itu dalam sesebuah perhubungan'. Pasangan yang baik akan tetap menerima kita walau sebesar mana pun aib kita di depan dia. Pasangan kita yang sehidup semati adalah yang dapat menerima kita seadanya kita tanpa mempedulikan kelemahan kita. Kisah lampau biarkan lampau. Semua orang ada kisah sendiri. Baik gelap mahupun suram. Itu adalah petanda dia jodoh kita kan..?

Habis? Nak luahkan semua kelemahan kita dekat dia? Itu terpulang lah. Kadang kadang pasangan kita bukan hirau sangat pun dengan benda - benda lepas tu. Dia tak nak dengar semua tu pun. Kalau luah pun dia endah tak endah je. Haha. Dia hanya nak kita dengan dia sekarang je. Cuma kalau dia ada bertanya atau tertanya something yang melibatkan kelemahan kita sebagai lelaki yang malu untuk mengaku pada masa tu, itu adalah lebih baik untuk terus bagi jawapan yang honest. Jujur dan betul. Kadang - kadang lelaki tak berfikir panjang, dia terus bagi jawapan yang selalu orang lain tanya dia. Dia tidak sedar yang bertanya itu adalah pasangan hidup dia. Pasangan yang akan berkongsi lebih banyak lagi kelemahan - kelemahan dalam berumah tangga.

Its better untuk lelaki bersiap sedia lebih awal. Kadang kala lelaki akan ego pada peringkat awal dan menyebabkan ada something yang dia sorokkan. Then, bila dia sudah matang, fikiran sudah dewasa. Tahu honest itu penting dan mendahulukan honest adalah segalanya, akan timbul kelam kabut jika hal pada peringkat awal tu didedahkan yang sebenar. Mungkin ada pihak yang akan berkecil hati. Ye laa. orang tu percaya kita, takkan tak kecil hati. Bila ada yang berkecil hati, akan ada yang rasa bersalah kan.? Haha.. sedap ke jika kita dalam keadaan rasa bersalah wahai lelaki? Tapi, tak mengapa... cuba jelaskan elok - elok. Si dia akan memahaminya dengan baik dan faham situasi kita. Jelaskan dari A-Z. Mungkin dia malas nak dengar. Tapi dia tahu, kita tengah di berada di persimpangan. Betul tak FA?


Comments

  1. x suke org ego .. uhuk ..

    ReplyDelete
  2. walaupun aku bnyk kali rasanya rendahkn ego, tapi bila bab kena bahan tu tak tau la kenapa, mesti naik blk ego tu..

    honesty aku jenis x bangga diri, just mungkin egoistic sikit smpai tak suka kena bahan..huhu slow cuba buang ego tu smpai orang bahan pun buat dek je

    ReplyDelete
  3. Perghh...
    Mr. Hafizin punya entri kali ni..
    Ohsem! Ego dan lelaki??
    saya banyak bersetuju dengan statement anda.. :)

    ReplyDelete
  4. Betul :) So, kalau dah ada someone special tu be honest in everything. Ots better that someone special tu dapat tahu dari orang lain :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK