Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Raya ke Tujuh

Hari raya ketujuh bersamaan dengan 7 syawal. Hari raya mungkin sudah habis buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ada antara mereka sudah berangkat menuju ke kampus masing - masing. Mungkin cuti mereka pendek dan aku yakin, mereka dapat manfaatkan cuti mereka yang pendek tu dengan benda yang berkualiti. Moment yang dapat disimpan dalam memori untuk terus tersenyum di hari yang mendatang. Aku masih menghitung hari untuk berangkat ke Madinah. Rabu nanti. 29 Ogos. Doakan moga aku sampai dengan selamatnya. Cuti aku yang singkat membuat hari - hari aku memang padat. Keluar pagi balik malam. Tapi, tak kemana sangat pun.. lepak - lepak dengan member sambil kongsi - kongsi cerita kehidupan. Imbas kembali kenangan zaman budak remaja. Masa untuk bergelak ketawa. Tak nak fikir lagi masalah pelajaran. Memang kehadiran Syawal amat bermakna di bumi Malaysia kerana tradisi orang Melayu menjadikan Aidilfitri masa untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Kalau bukan Aidilfitri, entah... aku rasa saudara

Alex Song sudah menjadi warga Barcelona

WARNING : ENTRY ARSENAL Luka minggu lepas belum lagi hilang bila RVP berpindah ke kelab Manchester United dan hari ni Alex Song bagai menambah luka baru dengan secara rasminya dia sudah menjadi pemain Barcelona!!! Alex Song... pemain Barcelona. Ku sangkakan diriku bermimpi... bangun pagi ni pun cek berita memang betul. Betul dan betul... Alex Song dilaporkan sudah selesai menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Barcelona dengan satu kontrak yang dirahsiakan. Mungkin bukan dirahsiakan.. Tetapi tidak mendapat capaian media.. Tidak dihebohkan sangat. Mungkin juga perpindahan secara tiba-tiba. Jadi, yuran perpindahannya tidak dapat dipastikan jumlahnya. Undisclosed fee. Aku berasa yakin dengan perpindahan Song bila buka laman web rasmi Arsenal dan terus ke pautan News. Berita perpindahan Song adalah betul - betul realiti walaupun hakikatnya minda waras aku menafikannya. Penafiaannya menandakan aku sangat - sangat menyokong Song sebagai tulang belakang Arsenal. Bagi aku, per

Syawal Melayu

Selamat hari raya eidulfitri kepada semua blogger ataupun tidak. Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini secara live mahupun secara alam maya. Mungkin ada tulisan aku yang menggores hati dan masih lagi berbekas sehingga kini...mungkin ada yang jadi parut yang bisa bernanah kembali.  Aku tahu yang suasana beraya di Malaysia memang berlainan dengan suasana beraya di negara negara Arab. Setakat aku berada di Mesir dan Saudi, Arab beraya memang aku respect la. Siap saja solat raya. Diorang terus je balik rumah.. masuk bilik and then..tidur. Best kan..? Takde la nak sibuk bejalan sini sana. Ziarah sana sini. Gosip menggosip dan bergelak ketawa. Tapi, aku cuma pelik dengan sambutan orang Melayu dengan kehadiran Syawal. Sedikit kesal pun ada. Habis je menjamu juadah berbuka puasa terakhir... cepat je bunyi mercun kedengaran. Memang satu pembaziran aku nampak di situ. Mungkin bagi sesetengah orang ianya macam hiburan yang jarang jarang

Jiji dan Unjai di KFC

28 Ramadhan. Ramadhan semakin berada di penghujungnya untuk tahun 1433 Hijrah. Bulan yang mana padanya terdapat satu malam yang dinamai malam seribu bulan. Entah sempat atau tidak untuk kita merasai Ramadhan yang akan datang di tahun 1434 Hijrah. Sama - sama kita mendoakan agar sempat dengan Ramadhan yang akan datang. Malam yang ke 28 aku plan nak jumpa dengan 2 orang member. Member sepanjang zaman. Aku pun tak tahu kenapa member member aku yang lain menggelarkan 2 orang ni adalah Artis. Istilah ni digunapakai kepada orang - orang yang susah nak buat date dan diajak keluar. Asyik sibuk dengan temujanji. Haha. Tapi, bagi aku... nak jumpa diorang ni tak de la susah sangat. First, aku mesej diorang. Tanya diorang malam ni moreh kat mana, terawih kat mana. Terus, sorang yang bernama Azizi Ayob tu reply bagitau yang malam ni jumpa kat KFC berdekatan dengan stadium. Sorang lagi tu tak reply mesej. Aku dah syak yang dia kehabisan kredit. Diorang berdua tu siap nak belanja lagi. Mula - mul

RVP sah jadi pemain Man Utd

Awas!!! Entry Arsenal... Heboh di media pasal Robin Van Persis (RVP) meninggalkan Arsenal untuk kelab gergasi Eropah, Manchester United. Dah seminggu kedengaran rumours yang RVP akan meninggalkan Arsenal untuk Man Utd. Sebelum ni aku macam tak percaya yang RVP akan pergi ke Man Utd. Hampir mustahil untuk aku fikirkan. Tapi, tengah hari semalam membuktikan fikiran aku jauh sekali betul. Man Utd telah membuat deal. 24 juta pound untuk membawa RVP ke dalam skuad mereka. Sungguh. Memecahkan tradisi. Aku boleh terima kalau RVP pergi ke kelab lain. Tapi, kalau Man Utd.. memang akal aku tak boleh terima. Menurut Arsene Wenger, dia tiada pilihan lain selain menjual RVP kerana RVP enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. RVP ada setahun berbaki kontrak dengan Arsenal. Disebabkan kedegilan RVP, aku rasa itu memang pilihan terbaik Wenger. Elok jual daripada lepas free pada musim hadapan. Lagipun fans dah marah-marah kat RVP sejak dia enggan menandatangani kontrak baru bulan lepas

Air zam zam Saudi Airlines

Salam 24 Ramadhan. First entry aku sejak sampai di Malaysia 2 3 hari yang lepas untuk tahun kedua cuti musim panas selepas cuti panas pada tahun lepas. Ayat yang berjela tetapi maksudnya jelas kan..?haha.. Tak sempat rasanya nak update bila cuti kali ini amat singkat. Ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Cuti aku kali ni dalam 20 hari je lebih atau kurang. Bayangkan flight aku daripada Madinah ke Kuala Lumpur pada 9 Ogos lepas. Sampai KLIApada 10 Ogos dalam pukul 1 petang. Lepas tu flight ke Kota Bharu adalah pada malamnya pukul 10.30 malam. Flight return balik ke Madinah nanti adalah 29 Ogos pukul 3 petang. Memang kejap je aku fikir. Aku balik hari tu tak bawa banyak barang pun.. Satu luggage yang beratnya 30 kg dan 3 gelen air zam-zam yang masing-masing 10 liter untuk satu gelen. Ketiga - tiga gelen itu adalah air zam-zam yang member tumpang. Malangnya, semua air zam-zam tu tak de time sampai kat KLIA. Puas aku tunggu tempat pick up beg kargo tu. Hilang. Bukan rez

Arab dengan Perangainya

Aku tak faham betul dengan perangai bangsa Arab ni. Memang betul la bangsa Arab ini adalah bangsa yang paling susah untuk dibentuk. Mungkin lebih keras daripada besi. Sekeras-keras besi itu akan lembut bila dibakar dengan api. Dapat dibentuk buat pedang, dan lembing. Arab..? Bakar dengan api, setengah jam rentung la dia. Haha. Memang, bukan semua bangsa Arab ni bermasalah. Mungkin sebilangan kecil, atau sebahagian daripada sebilangan kecil itu. Tetapi, perangai arab ni senang sangat nak kenal kalau kita dah kenal mereka. Bagi tempoh masa selama setengah setahun hingga ke setahun. Pelajar - pelajar kat sini biasanya bengang dengan 'management' arab kat sini. Terbaru, kawan aku terpaksa 'delay' tiket dia untuk pulang ke Malaysia akibat kelewatan visa yang diuruskan oleh pihak universiti. Ini biasanya jarang berlaku. Mungkin satu dalam seratus. Pelajar perlu berurusan dengan arab paling kurang adalah sehari untuk dibuat visa pulang tu. Dalam kes kawan aku, hari rabu mi