Skip to main content

Tips untuk Stamina.

Salam semua. Bertemu kembali. Kali ni aku nak post pasal stamina. Aku pom tak tahu apesal tetiba je nak post pasal stamina. Mungkin aku rasa stamina aku skang ni semakin kurang. Main tak sampai setengah jam dah pancit da.. Macam mana la nak tempuh alam perkahwinan... Betul tak? Kahkah....

 Kalau ada di antara korang yang menikah tu. So, antara salah satu persiapan untuk menempuh alam perkahwinan adalah dengan membekalkan stamina yang cukup. Power. Mantap dan bertenaga dalam diri anda semua. Haha.. ayat tak leh blah.

Kat sini aku nak masukkan tips yang selalu diguna pakai oleh pemain-pemain tinju untuk meningkatkan stamina diorang yang mana dalam waktu yang sama juga, mereka dapat mengekalkan stamina yang sedia ada. Aku sangat minat dengan stamina pemain tinju ni sebab diorang memang sangat kelas dalam kelas-kelas manusia yang punyai stamina yang luar biasa. Kalo aku nak samakan dengan stamina The Hulk tu..tak logik la plak kan.  Memang logik la untuk diorang ni punyai stamina yang berkelas A sebab diorang bermain banyak round dalam satu2 game kan. Tenaga sekuat mana pom, tapi pancit kat tengah2 game..tak de guna jugak.( korang mesti konpius nak beza antara stamina dengan tenaga ni).

So..kat bawah ni aku ada senaraikan tips-tips yang diorang pakai. Korang tak yah sangsi la dari mana aku dapat maklumat ni. Semuanya sahih. Kalo korang tak yakin kesahihahnnya, korang tanya je mana2 peninju yang korang kenal. Confirm soheh.. Haha...

Kita mulakan dengan yang pertama:

1. Sediakan target untuk mulakan latihan. Yang ni penting. Kena buat baseline untuk memulakan satu-satu training.. Mulakan dengan jogging. Kalo boleh, mulakan joging di waktu yang dinihari. Biar time tu matahari tak kuar lagi. Korang buat-buat macam nak pergi sekolah. Macho skit beb.. budak sekolah pom tewas dengan korang.

Pagi adalah waktu yang terbaik untuk joging. Cuaca pom tak panas sangat..udara pom masih lagi segarkan?  Time joging tu, pastikan korang joging slow2 je. Tak yah laju sangat. Tapi, pastikan yang kelajuan korang tu sekata. Bukan sekejap laju, sekejap slow. Semuanya nak maintain je. Cuba untuk joging selama satu jam tanpa henti dengan kelajuan yang telah anda tetapkan tu. (ayat skema time SPM ni). Korang tak yah kira la berapa KM korang joging. Yang penting joging ikut masa. Kalo dapat satu jam tu...memang power la.. Biasanya orang anggap setengah jam joging tanpa henti tu dah baik da.. Tapi, korang kena buat lain dari orang lain. Makin lama..makin top la stamina kita kan...

2. Kedua. Kedua ni lebih kurang je dengan yang satu ni. Tetap dengan joging. Tapi, joging yang kedua ni korang kena cari track yang berbukit. Yang ni memang menguji stamina kaw-kaw la. Korang cuba joging di tempat tinggi. Korang yang pernah joging kat track yang berbukit tu, mesti tau kelainannya dengan joging di tanah yang landai.

Yang penting, korang kena cuba habiskan sampai ke puncak. Motivasikan minda yang anda mampu menakluknya. Tapi jangan sampai pengsan dah la. Kalo time joging tu korang penat, cuba pecut sekali sekala..mesti hilang penat tu. Stamina kita pom bertambah bai... Takpom, usha je amoi2 kat track tu, mesti nak kontrol macho kan? Amoi pom tak nak tengok kita kalo joging kejap dah letih...

3. Ketiga adalah lompat tali. Lompat tali yang aku maksudkan disini bukan lompat tali yang korang pernah alami time tadika ataupun sekolah rendah. Lompat tali ni versi orang tua. Korang paham-paham sendiri la. Tak larat kome nak nerangkan. Lompat tali adalah satu cara untuk pembakaran kalori yang cepat tanpa memerlukan modal yang banyak. Cuma tali je yang korang perlukan.

Dengan pembakaran kalori yang cepat, korang dapat meningkatkan lagi stamina korang dengan cepat. Pastikan korang ada target untuk berapa minit korang buat latihan lompat tali ni. Setiap hari pastikan ada peningkatan dengan mengatasi rekod kita dengan hari yang sebelumnya.

Kalo ada diantara korang yang nak kurus dengan cepat. Lompat tali ni juga adalah salah satu caranya. Tak perlu sibuk2 nak cari alat tambahan yang lain untuk kurus. Kah3. Member aku kat belog Nesloo tu adalah bahan kajian yang paling berjaya. Tak caya korang pergi serbu FB dia. Cuba tanya dia perkara yang sebenarnya.

Aku rasa cukup dengan 3 ni je kalo korang nak tambah stamina. Ini ikut cara latihan seorang boxer la. Kalo aku bagi banyak2, korang tak amalkan, tak guna juga... korang kena ingat yang kesihatan ni amat penting. Kita zaman sekarang ni banyak duduk bersahaja je. Maklumla..teknologi makin maju. Tu yang sekali datang penyakit...datang yang kronik terus. Haha..

Comments

  1. paling pantang jgn minum ais..tapi tgh hari terik mana tahan ooooo...

    http://faisalapardi.com/

    ReplyDelete
  2. perenggan pertama tue......

    heeee,
    menarik....
    c(:

    ReplyDelete
  3. de link nak komen itam beno la x nampak. den pon nak kurus.. mamat tuh suh minum ayaq masa 10 liter. mati kembong le.

    ReplyDelete
  4. ...mOon suka lOmpat tali...tapi susah nak buat sebab ada masalah kaki...

    air masak kena minum banyak2...pas2 kena taw teknik bernafas yg betOi...

    ReplyDelete
  5. berguna pon . thanks la .tapi amalkan tips ni dpt no 3 je merentas desa . btw , syukur alhamdullillah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.