Skip to main content

CUTI SUDAH HABIS

Salam sejahtera semua. Sambil2 tunggu air aku rebus tu masak, rasa nak update plak ubibadok ni. Sudah nampak tompok - tompok debu halus disebabkan dah lama tak menjenguk. Aku sendiri pom tak menjenguknya. Kesian kat ubibadok. Tapi, tak de hal, tak de expired ubibadok ni. So, jangan runsing - runsing la ye. Haha..

Aku sebenarnya asyik sangat dalam 2 minggu kebelakangan ni. Maklum la..cuti menjelma.. apa lagi, enjoy sepuas2nya. Tapi, enjoy tu enjoy jugak, tapi jangan la lebih lebih kan? Aku ni da terlebih da....parah2...tak macam student ngaji kat Madinah da..ehehe.. So, kalo korang yang dapat cuti tu, jangan asyik dok fikirkan nak enjoy je..fikirla yang kita ni masih bergelar student, jadi, masa cuti pom kena isi dengan perkara2 yang bermanfaat..contohnya pergi daurah di masjid ke..pergi jalan jalan makan angin ke..pergi melahap kat kedai makan baru ke...korang - korang pandai la bajet ye...

Cuti hari tu aku sempat pergi ke Riyadh. Terbaik...dapat jugak kenal negeri lain di Arab Saudi ni selain daripada Madinah. Hidup ini penuh dengan misteri, aku rasakan, dengan jalan jalan mengenal tempat baru ni dapat merungkaikan salah satu daripada misteri betul tak.? Kalo anda sema setuju dengan aku..cuma senyum je..tak yah lebih lebih...haha...kalo tak caya..korang try la sendiri....dalam maksud yang aku nak sampaikan di sini...

Jarak dari kota Madinah ke Riyadh ni jauh la jugak..dalam 800-900 KM. Aku pom tak tahu jarak sebenar ataupun dalam kata yang lain angka yang tepat untuk jarak daripada kedua2 bandar di Saudi ini.. aku anggar pom berdasarkan sign board yang dok terpacak di tepi jalan je..

Tujaan aku pergi ke Riyadh ni bukan saje  nak jalan2..ada sebab yang lebih penting lagi di sebalik itu. Aku pergi ke sana adalah untuk mendapatkan kitab2 free di wizarah dan jugak Dar Ifta'. So, aku ni gemar je kumpul kumpul kitab. Kalo orang tengok tu, diorang dah boleh bajet yang aku ni mmg banyak baca kitab..wakaka..tak de la..aku suka je kumpul kitab ni kot2 ada rujukan di masa hadapan. Lagipom, kitab ni bukan lah sejenis benda yang mudah rosak ataupun basi. Tak de hal la kita nak buat koleksi pom kan??

Jadi, aku yang pergi ke Riydah ari tu dapatla 4 kotak kitab..alhamdulillah.. dapat jugak bawak balik dari Riyadh ke Madinah dengan khidmat pos di Riyadh..mahal jugak ongkosnya. Aku pom tak berapa ingat berapa Riyal untuk seorang kena bayar. Mungkin dalam 60 Riyal sorang kot.

Katanya dalam 2 3 hari jugak sampai. Hehe.. nasib baik sampai. skang ni ada la dalam bilik aku 4 kotak tersebut. Satu sudah aku bukak. Tinggal lagi 3 kotak. Haha..aku nak bukak pom dah berapa kali aku fikir. Bilik dah la sempit, rak pom tak de. Jadi, bukak satu la dulu..nak tengok macam mana jenis kitab..hehe...

peserta berbaju kuning..
separuh daripada peserta

menara tersohor di Riyadh

salah satu tempat amek kitab

peserta yang bajet macho.

di tempat pengeposan

syarikat post yang diguna khidmatnya

bergambar di rumah yang ditumpang..terima kasih ye.


lagi jejaka bajet macho
kitab untuk seorang..ehe

okeh..akhirnya..aku nak blah dlu..

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.