Skip to main content

Posts

SESI 2016 BAKAL BERMULA

Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha. Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1.  Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk buat pa

REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..? Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je.  Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza

Yeay... Cuti

Yeah. Rabu. Baru dengan rasminya dapat isytiharkan cuti dengan rasminya. Cuti penggal akhir tahun. Cikgu-cikgu kan, biasalah tu. Orang kata, cuti cikgu sama cutinya dengan anak murid. Kalau murid cuti, maknanya guru pun cuti. Cuti cikgu adalah sama banyak dengan cuti murid. Silap-silap, cikgu siap boleh tambah cuti lagi kan? Bukan cikgu sedap la sembang... Baru dapat merasai cuti adalah kerana sekolah tempat aku bertugas baru sahaja habis program atau pun sesuai dipanggil dengan nama kelas intensif. Kelas ini dikhusus dan diwajibkan kepada pelajar yang lemah dalam hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahun, semua pelajar perlu memastikan hafalan mereka berada di muka surat mana, yang mana tidak mencapai target atau pun garis sukatan yang ditetapkan, mereka ini adalah yang tergolong dalam kumpulan lemah. Jadi, kelas ini bermula pada Khamis yang lepas lagi, 10 Disember 2015. 5 hari berturut-turut. Diganyang sehabis masa dalam sehari untuk memastikan para pelajar ini punya ruang d