Skip to main content

HATIM NAK IKUT NAK BALIK



Aku sedang bersiap untuk pulang ke Sg. Siput. Hujung minggu sudah habis. Sampai masa untuk pulang ke sarang menunaikan amanah. Aku cek angin tayar motor, cek coolant dan cek juga minyak hitam. Semuanya okay. Ikut perkiraan aku, motor dalam keadaan baik untuk menempuh perjalanan selama 7 jam.

Tanpa dijangka, Hatim keluar dari pintu rumah. Kedua tangannya sedang membimbit beg plastik yang sarat dengan mainannya. Kakinya terjingkit. Nampak payah untuk dia berjalan disebabkan beratnya beg plastik. Kopiah putih keras tersarung elok di kepalanya.

“Hatim nak pergi mana?” Tanya aku.

“Hatim nak ikut abah pergi kerja la…!” Jawab Hatim. Sejak petah bercakap, menjadi kebiasaan ada perkataan ‘la’ di hujung percakapannya.

“Nak makan la…”

“Nak mandi la…”

“Nak beli mainan la…”

Semuanya la!

“Hatim tak boleh ikut. Panas. Abah naik motor hari ini. Lain kali ikut, nanti abah bawa kereta.” Aku mencipta alasan.

“Hatim pakai kopiah la. Tak panas la…” Jawab Hatim spontan. Tangannya menepuk-nepuk kopiah di atas kepala. Mungkin itu tujuan asal dia dari awal memakai kopiah.

“Hatim nak main dengan abah. Hatim baru nak main dengan abah. Abah main dengan Hatim la…” Bicara Hatim tersusun elok.

Ah, sudah. Ayat Hatim buat hati ini meruntun. Kesian dengan Hatim yang kekurangan masa untuk bersama dengan abahnya. Masa untuk Hatim bersama dengan abahnya cuma di hujung minggu.

Jumaat malam dari 8 hingga 10 malam jika Hatim belum tidur, Sabtu seharian dan pagi Ahad sehingga jam 9 atau 10 pagi. Jika dikira, dalam 36 jam sahaja tempoh Hatim bersama abahnya setiap minggu termasuk waktu tidur.

Aku menaiki motor. Sedang aku duduk tegak di atas motor, Hatim datang memeluk kaki kiri aku dengan erat sekali. Umi Hatim cuma memerhati, tidak sempat untuk menghalang. Mungkin juga Umi Hatim tidak sampai hati untuk menghalang.

“Hatim nak ikut abah pergi kerja. Hatim dah besar… Boleh la abah…” Rintih Hatim. Suaranya lemah dan sayu. Tingkah Hatim boleh mencalarkan kerasnya hati lelaki.

Bila ada saja program sekolah yang dibuat hujung minggu, aku jadi serba salah. Kadang rasa malu untuk masuk jumpa pengetua minta pelepasan. Namun, segala puji bagi Allah. Setakat ini, Allah temukan aku dengan pengetua yang memahami.

Serba salah dengan pengetua, serba salah juga dengan kawan-kawan yang urus program.

Jika hujung minggu tidak bersua, masa mana lagi yang ada untuk anak? Masa untuk keluarga?

Aku masih pegang dengan kata-kata seorang cikgu otai di sekolah, “Kawe dulu 9 tahun ulang-alik Perak - Kelantan. Sampai gajah pun angkat belalai kalau nampak kereta kawe di Titiwangsa. Hujung minggu, lepas sekolah kawe cabut balik. Program hujung minggu kawe bagitahu awal-awal dekat pengetua, minta maaf bos… saya kena balik.”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.