Skip to main content

KEDAI MAKAN DI KELANTAN : NASI KANDAR LORONG KUBUR, PASIR MAS



Semasa PKP 2.0, ada mari rasa nak makan nasi kandarKebetulan ada lalu di Facebook timeline baru-baru ini tentang Nasi Kandar Lorong Kubur di Kasar, Pasir Mas. 

 

Menarik. Namanya cukup unik. Lorong kuburSisatan awal aku dengan membaca komen-komen netizen, kedai ini uniknya kerana menjadikan tapak rumahnya sebagai premis perniagaanHalaman rumahnya luasrumahnya juga tersergam besar dan indah. 



Disebabkan itu, ruang parkirnya selesa dan tidak bersesak seperti mana kedai-kedai lain yang ramai pelanggan tetapi berada di tepi jalan. Susah parkir! 


Uniknya lagi kedai adalah pada namanya iaitu lorong kuburMemang jalan untuk ke kedai atau rumahnya adalah lorong kubur yang sedikit berhadapan dengan Masjid Kasar, Pasir Mas. Kalau kalian ingin pergiterdapat satu banner betul-betul di cabang lorong tersebut. Jadi, jangan risau. Insya-Allah tak sesat. 



Pendapat aku, nasi dan lauknya biasa-biasa sahajaBoleh cuba dahulu. Lain orang, lain lidahnya. 

 

Jika ada kawan-kawan yang mencari tempat makan nasi kandar di Pasir Mas, boleh cuba di kedai iniBagi akutarikan utamanya adalah premisnya yang unik dan menjadi senang untuk diviralkan. Kalian pergiboleh la pergi sambil bergambar. Gambar nombor satumakan dan kenyang itu nombor dua. Haha. 

 


Aku teringat kata-kata kawan akusi saudagar emas ketika menyuap nasi kandar ke dalam mulutnya, “Sedap kat sini lagi kalau nak berbanding dengan Nasi Kandar LC di Wakaf Che Yeh.” 

 

⏰Masa operasi : 11.00 pagi - 3.00 petang 

πŸ“Lokasi : Waze / Google Maps : Nasi Kandar Lorong Kubur 

 

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci