SESI 2016 BAKAL BERMULA

12 comments
Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha.

Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1. 

Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk buat pamplet untuk edaran ibu bapa pada hari pendaftaran tersebut. Satu pun tak buat lagi. Hmmm..

Tahun 2016 nampaknya jodoh aku masih lagi dengan sekolah ini. Mencuba untuk berkhidmat sehabis mampu dalam perjalanan mencari secebis pengalaman bagi mengisi warna-warna kehidupan. Ramai yang tanya, kenapa tak mohon jawatan guru tahfiz yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hari tu? Rugi la tak minta, ramai yang dia nak pakai tu...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih dan selamat menempuhi peperiksaan ye adik student. Haha. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. 2016 adalah tahun yang mencabar bagi ekonomi rakyat Malaysia. :)

      Delete
  3. dah dpt title ustaz la ni kan HJ?

    akak setuju, cari pengalaman kat sekolah skrg. Tentu x sama kalau mengajar di sekolah bwh kementerian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Title ustaz dekat sekolah je kak. hehe. Tapi tak layak sebenarnya dengan title ni. Banyak kekurangannya..

      Delete
  4. ajar tempat yang selesa dan yang kita rasa mampu nak mengajar. kalau bukan kita yang mengajar sape lagi ye dok? :)

    ReplyDelete
  5. ustaz itu org berilmu... allah yg bg la tu, sepadan dgn ilmu yg ada... akak pun tgh cari ustaz tuk sekolah tahfiz ni...

    ReplyDelete
  6. ehem~ mcm lama tak dtg sini.
    status HJ dah jadi cikgu eh skrg?
    'status bujang' bila nak upgred? kikiki

    ReplyDelete
  7. hai , ain datang singgah sini dan follow awak
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  8. selamat bertugas ustaz.. hehehe
    kenapa tu mengantok sgt ke anak murid.

    ReplyDelete
  9. Woahh blog aku still ada dlm blog list kau la HAHAHA k tu je nak cakap.bye

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia