TPM DIGUGURKAN JAWATANNYA

3 comments


Rasa macam tak nak terlepas untuk update blog dengan isu yang bersejarah dalam Malaysia. Isnin, 28 Julai 2015 adalah suatu tarikh yang menjadi sejarah dalam arena politik Malaysia. Kalau sebelum ini, tahun 1998 adalah suatu tarikh keramat yang sering kali dilaung - laungkan oleh puak pembangkang. Peristiwa yang sama, cuma waktu dan watak yang berbeza.

Bukan nak sembang politik sangat. Paling kurang kita tahu perkembangan dan status yang negara kita tengah hadapi sekarang ini. Nampak je orang atasan ataupun orang - orang yang berkuasa berkelahi merebut kuasa dan jawatan, tetapi... yang tercekik adalah marhaen di bawah. Kan? Aku tak nak campur sangat, sekadar cetus pandangan yang tak seberapa je. Kadang - kadang tu nak juga buat analisis macam yang astro awani buat tu. Tapi, tak tahu boleh pakai ke tidak analisis aku ni. Haha.

Rakyat pasti tertanya - tanya kenapa Abang Jib sampai perlu menggugurkan Abang Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri? Salah sangat ke Abang Yiddin mempersoalkan kenapa sampai sekarang tak ada jawapan yang jelas mengenai krisis 1MDB? Ekoran daripada persoalan yang dilontarkan oleh Abang Yiddin, Abang Jib terpaksa bertindak tegas dengan menggugurkan Abang Yiddin daripada jawatan TPM. Ada nampak macam tak kena tak dekat situ?

Kalau ada, nampaknya memang tindakan Abang Jib terburu - buru dan mungkin orang akan fikir yang tindakan Abang Jib ni bodoh. Tapi, takkan Abang Jib tak fikir yang tindakan dibuatnya itu akan menimbulkan beribu soalan dalam benak rakyat yang selama ini telah dianiya oleh pemerintahannya? GST, minyak naik, subsidi kurang, boros berbelanja... Boleh jadi Perdana Menteri Malaysia, takkan semudah tu je cara Abang Jib berfikir? Ke memang PM Malaysia ni memang setakat tu je cara pemikirannya? No offense ye... hehe.

Setakat ni, aku cuma perhatikan je la. (Dah memang mampu perhatikan je). Nak buat macam mana lagi kan? Hahaha. Nak suruh Abang Jib letak jawatan, tak ada kuasa pula. Nak suruh Kak Rosmah pujuk Abang Jib supaya lepaskan jawatan PM, nanti kena marah balik dengan Kak Rosmah. Sekarang ni, nasib Malaysia terletak di tangan siapa untuk mengubahnya? Tangan pengundi... Ye, memang betul, tangan pengundi kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi... adakah rakyat Malaysia semuanya sudah celik akan kecelakaan yang sedang menimpa Malaysia sekarang ini?

Jika ya jawapannya yang rakyat Malaysia sudah celik akan malapetaka yang sedang menimpa mereka dengan tampuk pemerintahan yang ada sekarang ini, apakah pilihan yang rakyat Malaysia ada untuk mengubah nasib mereka di bumi ini? Adakah dengan memilih Pakatan Rakyat, atau pun memilih PAS yang baru sahaja memutuskan hubungan dengan DAP, atap pun GHB yang baru saja ditubuhkan untuk mewarnikan aneka parti politik di Malaysia? Apakah option ataupun pilihan terbaik yang rakyat Malaysia ada? Apakah ada alternatif selain UMNO sekarang ini yang mampu membentuk sebuah organisasi untuk  mentadbir sebuah negara dengan efektif, saksama dan sejagat?

**Belum lagi cerita kenapa tetiba je Peguam Negara, Abang Gani Patail diberhentikan dengan alasan kesihatan yang tak seberapa baik sedangkan Abang Gani adalah peguam yang mengendalikan kes 1MDB. Abang Gani digantikan dengan bekas Hakim Perseketuan. Ada sesuatu yang pelik juga ke dekat sini?

**Semalam juga suatu benda yang boleh dikategorikan suatu sejarah tanah air kerana Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengalami kebakaran pada tingkat 9 dan 10. Tingkat tersebut merupakan Bahagian Narkotik dan juga Jabatan Siasatan Jenayah. Spekulasi dan gosip liar mengatakan yang kebakaran itu sengaja dicetuskan untuk menghapuskan segala bahan bukti berkainan 1MDB. Sekali lagi persoalan, kalau nak hapuskan dokumen mengenai siasatan 1MDB, takkan itu tindakan mudah daripada Abang Jib??

Aku pun pelik sebenarnya...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. semuanya di tgnpok jib.. nyampah lak..

    ReplyDelete
  2. Letih skrg malaysia..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ramai yang tak puas hati dengan apa yang terjadi

    apa pun, arsenal baru sahaja kalahkan chelsea hehe :D

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia