Tok Guru, Pemergianmu Sukar Diganti

5 comments
Satu Malaysia seakan bersedih dengan pemergian Tok Guru atau nama sebenarnya adalah Nik Aziz bin Nik Mat. Pemergiannya untuk mengadap Yang Maha Esa adalah suatu kehilangan besar buat umat manusia di Malaysia. Ibarat kehilangan suatu permata diantara permata yang paling 'rare' dalam dunia ini. Namun, apakan daya dan kudrat kita sebagai manusia untuk menahan daripada kematian itu berlaku. Hanya ada redha dan pasrah yang mengalir bersama titis air mata yang tumpah pabila mendengar berita perginya Tok Guru.

REHAT

Perjuangan yang diperjuangkan oleh Tok Guru sudah berakhir  dan yang tinggal hanyalah kita - kita yang masih hidup ini untuk meneruskan amanat dan juga apa yang diperjuangkan olehnya semasa dia masih bernyawa. Tok Guru sedang berehat, rehat setelah penat dan lelah dengan mehnah dan kerenah semasa dia hidup atas dunia ini. Rehat daripada permainan politik Malaysia yang saban hari semakin kotor dan busuk atas nama demokrasi. Perginya cuma sebentar dengan meninggalkan kita adalah untuk berehat dan pasti kita akan menemuinya lagi di kehidupan selepas kematian kelak. Pasti.

SYUKUR

Aku sebagai anak Kelantan tidak dapat menafikan yang aku sangat bersyukur dengan adanya Tok Guru sebagai pemimpin negeri Kelantan. Perginya adalah suatu kehilangan yang teramat besar. Seolah Tok Guru itu adalah bapa aku sendiri. Jiwa terasa kosong. Sepi dan sunyi untuk seketika. Tok Guru adalah satu ikon yang paling dekat bagi rakyat Kelantan untuk menggambarkan keperibadian Rasulullah s.a.w. Aku tidak sempat dengan Nabi Muhammad s.a.w. Aku dan juga rata - rata kalian semua memang tidak sempat untuk bersua dengan Rasulullah s.a.w, tapi dengan kehadiran dan keperibadian Tok Guru seolah - olah Rasulullah s.a.w itu begitu dekat dengan kita. Tok Guru selalu mengingatkan kematian, Tok Guru selalu mengingatkan tentang takwa dalam setiap kali ucapan tazkirahnya.

BELAJAR

Menjenguk sejarah kehidupan Tok Guru, paling jelas dan ketara terhadap susuk tubuh ini adalah beliau seorang yang kuat belajar dan juga menuntut ilmu. Zaman mudanya sudah merantau ke beberapa buah negara untuk mengambil benih - benih ilmu dari ulama' serata dunia. Ternyata benih - benih ilmu yang beliau kutip sepanjang pengembaraannya sudah berbuah ranum dan ternyata benih itu sekali lagi dapat dikutip oleh anak - anak didikannya di Malaysia. 

India, Mesir dan Pakistan adalah antara negara yang telah dijejak oleh beliau dan beliau telah berkahwin pada umur 31 tahun. Pada umur 31 tahun baru Tok Guru berkahwin menunjukkan Tok Guru begitu sibuk dengan ilmu dan mendalami cabang - cabangnya. 5 tahun kemudian, barulah Tok Guru memasuki dunia politik dengan agenda untuk menengakkan hukum Islam di daulah Malaysia. Agendanya tidak pernah luput seawal dia menjejak kaki ke alam politik sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. Belajar, belajar dan belajar. Hanya dengan ilmu seseorang itu akan berjaya di dunia mahupun di akhirat. 

Permainan politik itu sudah semestinya akan menimbulkan seteru antara satu sama lain. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan ada yang berselisih pandangan. Tapi, semua itu tidak membatalkan hakikat dan kebenarannya yang muslim sesama muslim itu adalah bersaudara.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. memang rare takkan ada yang dpt menggantikannya...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah mengenalinya secara peribadi...tetapi dia tersangatlah dekat di hati akak... di hati kita semua... rakyat Kelantan khususnya. Al-Fatihah

    ** HJ ada x terima hadiah GA akak aritu... dah pos lama. Nanti bgtau ye

    ReplyDelete
  3. sungguh. masa dapat tau tu terus tersentak rasanya. moga tenang arwahyarham dekat sana

    ReplyDelete
  4. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
    vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia