Sorang Lagi Batch 24 Kawin

5 comments
Hari ni adalah 16 september. Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada rakyat Malaysia. Mungkin bebudak sekolah happy kot hari ni sebab hari ni boleh cuti. Budak dewasa yang berkerjaya sebagai cikgu tu mungkin sengih je kot sebab dapat meluangkan masa dengan family. Bagi yang berkerjaya sebagai doktor, senyum juga lah even tak dapat cuti.. anda bukan setakat kerja, tapi lebih besar daripada tu, menyelamatkan nyawa orang. Senyumlah dengan lebar walaupun terpaksa jadi robot. Haha

Mukadimah je pasal Hari Malaysia. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Hari Malaysia. Semua orang dah tahu kot sejarah Hari Malaysia sebab subject sejarah adalah subject yang diwajibkan dalam SPM. Tak tahu, pandai - pandaila korang salahkan cikgu sejarah tu . Haha. Aku cuma nak bercerita pasal kawan aku dari batch aku masa kat sekolah menengah dulu dah kawin je. Pehhh.. umur 22 dah jadi suami orang dah. Orang  ketiga dari  batch aku yang kawin. Orang first tu tak payah cakap la.. anak dah ada 2 orang dah.

Aku nak merakamkan tahniah kepada Muhammad Ikhwan bin Zuki (tak sure Zuki atau Mohd Zuki, maafla ek kalau salah) kat sini. Beribu tahniah dan moga rumah tangga yang dibina sentiasa indah dan bahagia ke penghujungnya. Ingat, walaupun dah kawin.. tetap bujang 3 lagi. Haha. Moga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu. Kawan aku ni yang aku ingat masa form 2 dia duduk sebelah aku. Masa tu aku suggest dia jadi ketua kelas dekat cikgu, last - last dia ketua kelas, aku pula asistant dia, penolong ketua kelas! haha. Tapi masa Form 5 kitorang berpisah, dia lari ke kelas lain. Curang!

Kawan aku ni nak kata skema tu tak la sangat. Antara tengah tengah. Kekadang dia boleh jadi skema. Kekadang tak. No diri ataupun no dia 2442 sedikit selepas aku yang bernombor 2441. Tu yang aku rasa macam tercabar tu. Rasa nak kawin je next month. Ingatkan dapat juga rebut tempat ketiga dalam batch antara yang mendirikan rumah tangga. Nampaknya tak kesampaian. Mungkin boleh kejar kedudukan top 5 pula. Haha.

batch 24 yang dah kawin. Yang kanan adalah yang paling latest.

**tu jejaka jejaka yang ada club lain tu. Club suami - suami penyayang. Aku tak dapat campur lagi sekarang ni dengan diorang.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Lama rasa tak singgah sini. sihat ke ni? ewahhhh mood jeles la ni sebab kawan da kawen ye. ekekeke~




    selamat hari malaysia!

    ReplyDelete
  2. selamat hari malaysia :D

    hehe syok tengok kawan kawin

    ReplyDelete
  3. Haha.
    Mukaddimah tu terbaik.
    Tang 'salahkan cikgu sejarah tu takleh terima! haha'

    last sentence tu, nak jugak cik FA dia tu ya!

    adoii. ni memang dah kena kawin dah ni ha! hehehe.

    Selamat Hari Malaysia bro! :)

    ReplyDelete
  4. Dissadvantage of being Doctor orang lain cuti Dr tetap kerja :p

    InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Kawin awal, byk maksiat boleh dielakkan..byk pahala boleh diraih. Yg penting kena tau, kawin bkn utk seronok je...tapi besar t/jwbnya.

    Tahniah utk kwn2 HJ. :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia