Satu Penyakit Satu Penawar

7 comments
Jauh aku merenung. Merenung kenapa penyakit malas dalam diriku ini begitu besar sekali. Ibarat tumor yang tumbuh di suatu tempat, makin membesar dan merebak ke bahagian lain. Bukan sekadar mengancam tempat asalnya, tetapi turut membahayakan bahagian yang lain. Metastasis. Makin dibiarkan makin parah jadinya.

Tak ada yang lain dapat merajinkan diri kita melainkan diri kita sendiri. Penawar yang paling berharga datang sekali bersama dengan jasad yang sudah parah di makan malas. Satu jasad, satu penyakit, satu penawar. Unik bukan.? Tinggal sahaja tuan punya jasad untuk bertindak. Sama ada jasad itu reput dan busuk dengan malas ataupun kembali sihat dan bersinar dengan penawar rajin.

Sungguh, penawar yang bernama rajin ini kadang-kala memerlukan anasir luar untuk membangkitnya yang lama tidur di dalam diri kita. Sama ada moral support mahupun kata - kata nasihat dan juga peringatan yang dapat diterima dek akal. Tunggu masa untuk dibangkitkan. Ada yang sedia bangkit tanpa memerlukan masa yang tertentu.

Sebab itu Allah jadikan Muslim ini bersaudara satu sama lain. Bersaudara atas dasar Islam. Untuk sama nasihat menasihati, untuk sama - sama memberi peringatan. Syurga Allah itu luas.. bukan untuk kita seorang sahaja. Jangan kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Sama - sama di dunia, biar sama - sama di akhirat nanti.

hentikan merenung. mulakan bertindak!


**kadangkala guruh keperitan kita itu perlu disembunyi untuk menghadirkan pelangi buat orang yang kita sayangi.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. assalamualaikum H.J..betul tu setiap penyakit pasti ada penawarnyakan...:)

    ReplyDelete
  2. penyakit malas raja kegagalan..

    peh! gambar macam retisss uollss..

    ReplyDelete
  3. malas. penyakit yang ada pd setiap org. depends org tu kuat utk melawan atau biar malas melanda diri. nice entry HJ :)
    url baru : http://www.shazwinaosman.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. kemain gambar ko

    terus aku lupe nk komen pe haha

    ReplyDelete
  5. jangn wat malas sangat laaaa weee weyy :P

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia