ENTRY COPY PASTE. Cuba baca dan faham dan nilaikan.. Tak semua benda boleh dibuat main - main. Dah sesetengah benda perlu tahu asal usulnya.
*****************************************************************************
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam,
apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun
baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa
Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum
Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’
dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila
dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah
pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku
satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan
mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang
disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai
yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di
sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara
berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam
upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun
tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya
menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana
prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan
lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi,
dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk
dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam
mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di
kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh
imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu
mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam
persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun
daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah-
menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang
mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam
bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah,
sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu
bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap
syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan
menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih
Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti
ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya,
berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang
sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya
ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula
dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan
jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang
mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil
seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan
ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada
perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan
berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan,
“Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah
di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa
batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu, janganlah dipandang mudah
terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi
termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang
dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak
oleh syarak. Wallahu A’lam.
Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429
*****************************************************************************
copy dan paste daripada : http://abuumair1.wordpress.com/2008/12/26/doa-awal-dan-akhir-tahun/
Penjelasan yg baik. Akak mmg ada baca psl hadis palsu berkenaan ni. Cuma nak jelaskn kat org akak tak reti.
ReplyDeleteMmg mcm jd perkara sunat pulak, siap kena baca 3kali. Tak salah doa, tapi tak perlu ada doa khusus pd masa yg tertentu semata. Kita mmg sntiasa perlu berdoa.
sekarng bnyak bnda bidaah...kna lbih hti2..huhu
ReplyDeletesyukran atas perkongsian :-)
ReplyDeleteBaca doa awal dan akhir tahun sbgai doa kita memohon pada Allah agar hidup lebih dirahmati-Nya..