Skip to main content

mood bercuti

hari hari di madinah masih lagi diteruskan. masih lagi dalam mood bercuti. tidur, bangun, makan. mungkin akan berterusan selama seminggu. haha..

sedang menghitung hari. hari Jumaat ni mesti tak ramai yang tinggal. ramai yang pergi ke Taif untuk mengikuti Program Hafazan Quran. tinggal beberapa orang je. nak lepak mesti tak best. yang tak pergi program tu mesti orang yang malas. dah boleh bajet dah.. aku pun tak pergi program tu..hehe

aku rasa tiket 12 Julai ni aku nak percepatkan kepada 21 Jun. terasa juga duduk di Madinah pada musim panas. pukul 8 pagi tu dah macam pukul 12 tengah hari di musim lain. sangat panas. bayangkan, suhu hari - hari boleh mencecah 50 darjah celcius. ni baru permulaan. fasa pertama. hehe. ada fasa juga ke?

Tengok kepada sejarah tahun - tahun yang lepas, suhu boleh mencecah kepada 60 darjah celcius. cuba bayangkan. Banyak kucing - kucing yang berkeliaran kat sini mati kehausan. Mati kepanasan. Tu yang aku rasa kena cancel plan untuk ambil shortsem. Untuk shortsem 10 jam kredit, kelas aku start pukul 7 pagi sampai 3.20 petang. Belum pergi lagi aku dah give up..

Comments

  1. huh..tingginya suhu!
    yg kat malaysia ni pun sampai tak senang duduk kepanasan.

    ReplyDelete
  2. mmg panas

    aku kat sini duk aircond je

    fuhh membayangkan panasnye api neraka

    ReplyDelete
  3. mak aii... sampai 60c ke... camana agaknyer rasa tu...

    ReplyDelete
  4. yakkk.. nak nikoh ajok la.. haha..

    bilo nk kelik kg nyoh??
    baru nk ajak suh mari dumoh jumaat neh. hiii~

    ReplyDelete
  5. wahh sampai 60C

    letak telur tepi jalan kot2 leh masak

    heee

    ReplyDelete
  6. klu xde mesin tue sidai kain sat jer x kering tue.. huhuu

    ReplyDelete
  7. wuuuu..mcm mana la bahangnya tu ye..

    ReplyDelete
  8. huhuhu panas tuu
    kat sini pun terasa tempias panas nye dik .. huhu hari2 pasang aircond

    ReplyDelete
  9. banyakkan minum air dan mkn yogurt, sabarlah ye. mmg kucing byk mati.hr tu kucing dpn umah akak tu pun mati sbb terlalu panas.

    ReplyDelete
  10. jgn putus asa lagi...
    mesti boleh punya..
    bru panas tempat je.. blm lg rs pns kat tempat yg lagi satu tu..
    hohohoho

    good luck..


    peace

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum H.J...betul2 panas tu n mencabar keimanan moga dpt menjalaninya dgn tabah yer...:)

    p/s mood dah nak bercuti yer selamat kembali bercuti di Malaysia...:)

    ReplyDelete
  12. berangan bercuti..mmg laa xsemangat nak shotsem..

    60C..? fuhhhh.. bukan setakat kucing je..tp manusia pon boleh golll..

    ReplyDelete
  13. alasan jer tu..heheheeee.. ;p

    ReplyDelete
  14. tinggi nya suhu kat sina..
    kat sini tak sampai 40 pun orang dah gelisah kemain..

    ReplyDelete
  15. uiii, panas giler.. kena duk dalam bilik ekon selalu

    ReplyDelete
  16. gile r.. panas kot.. p r jalan2 cuti ni..

    ReplyDelete
  17. panasnya cuaca...kalau saya pun give up awal juga..hehe.

    ReplyDelete
  18. perghhh tinggi gilo kot suhu denu.

    kalu suhu sini pn xtehe doh, ni plop dok denu. huhu.

    ReplyDelete
  19. panas sampai kucing mati haus.
    uishhh
    ngeriii~

    ReplyDelete
  20. tiket balik msia ke?wahh


    woi, pegi lah program tuhh..huhu

    ReplyDelete
  21. perghh..cobaan betul.
    sampai kucing mati kehausan.
    mcm mana warganegara sana bertahan?

    ko blk mesia ke 12 july.weewit..cuti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci