# 2

26 comments
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bergegas turun dari tingkat 4 menuju ke pintu belakang universiti. Di situ terdapat satu mesin ATM Ar-Rajhi. Memang kebiasaan agenda PPM ( Persatuan Pelajar Malaysia Madinah ) untuk berkumpul di situ jika ada aktiviti yang dilakukan di luar universiti.

Satu lagi program yang disusun oleh PPM pada malam ini. Pakej haji untuk memudahkan pelajar - pelajar Malaysia di Madinah menunaikan ibadah haji. Dari pengangkutan, penginapan hinggalah ibadah haji itu selesai sepenuhnya. Tetapi masih ada mulut - mulut sumbang yang mengutuk persatuan. Entah... aku pun binggung.

Terasa beg aku bergetar. Aku terus mengeluarkan handphone. Tertera nama Khairul Amri..Seorang sahabat yang satu batch dengan aku. Walaupun satu batch, ada lebih rasa hormat kepada Amri. Awal dua tahun dia lahir sebelum aku mengenali dunia ini.

" Assalamualaikum Amri... macam mana? " terus je aku tanya jika ada apa - apa kecemasan.

" Waalaikumussalam..hang kat mana tu? ", loghat utara keluar dari mulut Amri. Anak kelahiran Perlis ni begitu prihatin.

" Aku on the way ni..jap lagi aku sampai..", terus terang aku bagitahu. Aku tahu semua orang tengah menunggu aku. Bukan apa..satu arahan sudah dikeluarkan untuk berkumpul pada jam 9.30 malam lagi.

"Ooo... ok kalau macam tu.. jumpa kat belakang nanti..", Amri mematikan perbualan.

Makin laju aku berjalan. Tapi tak selaju macam biasa. Tangan kananku membibit sebuah beg. Dalamnya terisi kelengkapan untuk ibadah haji. Sleeping bag, kain ihram dan beberapa helai baju. Semuanya adalah barang asas.

Hatiku sedikit risau. Bimbang malam ini jika terjadi apa - apa yang tak diingini. Aku sudah diberitahu awal - awal yang perjalanan mungkin sedikit membahayakan. Pergi haji tanpa permit!!Satu kesalah di sisi undang - undang Arab Saudi. Insya Allah semuanya baik.

Pelajar di sini menggelarnya Haji Sahara.  Perlu merentasi padang pasir untuk melepaskan diri dari pemeriksaan polis. Langkahku semakin laju. Mengejar masa.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

26 comments:

  1. semoga perjalanan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. aku pulak debar weh
    serius ade bakat cayokkk

    ps; smoge berjaye wt haji..tak sabo pggil ko haji

    ReplyDelete
  3. wah..mmg ada bakat penulisan lah HJ! tapi ada kesilapan ejaan utk bingung & kesalahan.

    selamat berHaji Sahara.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. semoga selamat dan dipermudhkn urusn.

    ReplyDelete
  6. moga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  7. semoga urusan haji dipermudahkn =]

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum H.J....semoga segala2nya berjalan dgn lancar yer...:)

    ReplyDelete
  9. hye HJ . hope semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  10. err..tak paham?

    ko tgah wat novel ke

    ReplyDelete
  11. kenapa tak mintak permit? musykil nak tau.

    ReplyDelete
  12. Semoga diermudahkan urusan.amin..

    ps:seyes jeles.huhu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan haji :D



    erm.........pasni leh wat novel

    ReplyDelete
  14. buat neves je. buat la permit. nnt kene tgkap cemana...hati hati adik H.J.

    semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.

    ReplyDelete
  15. wah.. haji fizin.. alhamdulillah semua da slamat kan?

    ReplyDelete
  16. la..betul la rupanya HJ gi buat haji? Ya Allah selamatkan dan permudahkan lah urusan adikku ini. risau akak dik.huhu. bahaya nya gi haji takda permit.ke mmg perkara biasa?

    ReplyDelete
  17. huwaaaa
    cite betol ke ni
    aduhaai
    semoag dpermudahkan la ye segala urusan haji =]

    ReplyDelete
  18. semuga selamat sume nyer okeh...;d

    ReplyDelete
  19. oh, hati2~semoga selamat sumenye~

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia