Skip to main content

sembahyang lewa + lewat

post ni aku citer pasal orang yg solat dia selalu lewa dan lewat. Alkisah di ceritakan oleh imam Az-zahabi dalam kitab alkabaair (dosa-dosa besar)..aku tak berapa sure nama watak yg dia citer dalam tu...

seorang pemuda yang kematian saudara perempuan telah pulang untuk menjenguk jenazah saudaranya. dalam pada itu dia turut menolong orang-orang kampung untuk menggali lubang kubur saudaranya itu. usai sudah semua urusan pengebumian, dan semua orang telah pulang ke rumah masing- masing. dalam pada itu... baru dia sedar yang dompet dia hilang.

pemuda itu yakin yang dompetnya itu telah jatuh ke dalam lubang kubur saudaranya itu. lekas dia menggali balik lubang kubur itu. asyik menggali, dia terkejut kerana api menjulang2 keluar dari dalam kubur itu. terus je dia menimbus balik dan pulang ke rumah ibu saudaranya itu.

sampai di rumah.. terus je dia menanyakan amalan saudara perempuan itu semasa di dunia. terus terang si ibu memberitahu yang anaknya seringkali melewat2kan waktu solat dan menunaikannnya sambil lewa. beristighfar panjang pemuda itu...

p/s : cuba kita renungkan...orang yang melewatkan solat sudah pun diazab dalam kubur...  belum lagi di akhirat kelak...

Comments

  1. terima kasih,nice entry..peringatan buat semua..jadi,sama2 lah kita solat di awal waktu :)

    ReplyDelete
  2. nice n3 as our knowledge...kite semua amik iktibar

    renung2kan n selamat beramal

    ReplyDelete
  3. allah nak tunjuk kan..subhanallah

    ReplyDelete
  4. naudzubillah... muhasabah bersama.. terima kasih untuk entri ni! :)

    ermmm, dah join ye? cikali tak update lagi la tu... :)

    ReplyDelete
  5. thanks..peringatan buat diri ini..selalu sgt melewat2kan solat...aduhai...

    ReplyDelete
  6. kalau dalam kubur pun sudah tak terbayang azabnya,inikan pulak di neraka..

    mekasih atas peringatan,.

    ReplyDelete
  7. astaghfirullahal'azhim...

    tu bukan orang tak solat lagi. huhu.

    ReplyDelete
  8. ya allah...

    peringatan bersama...




    peace

    ReplyDelete
  9. terima kasih mengingatkan. tu baru lambat solat. tak solat langsung entah macam mana balasannya? subhanallah.. takutnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci