Skip to main content

Setan Merah...




Salam sedih untuk peminat-peminat setan merah dan salam gembira untuk peminat - peminat singa biru khususnya untuk peminat yang berada di bumi Mesir ini. Tidak salah untuk kita bersedih sekiranya pasukan yang kita minat dan yang kita sokong sepenuh jiwa raga tumpas kepada musuh ketatnya. Tapi ingatlah yang kalah itu tetap kalah walaupun namanya Manchester United...hahaha..


Dan juga kepada penyokong fantastik MUnafik kat mahattoh muyah, salam sedih spesel dari penulis blog..haha.. Walaupun ramai penyokong man u kat sini, tetapi keputusan 1-0 tidak dapat diubah biarpom semakin ramai yang menyokong Man U. Permainan Man U dan Chelsea sudah dapat diramal dan sememangya seperti yang dijangka oleh Alex Ferguson dan Carlos Ancelotti yang permainan pada malam ini adalah satu permainan yang sangat panas. Perkataaan panas di sini dapat diterjemah dan ditafsir kepada dua iaitu, panas rentak dan irama permainan di dalam padang dan juga panas para penyokong fanatik setan merah. Biarpun sudah terang lagi bersuluh , tapi rata-rata orang masih lagi menyokong si Setan Merah ini. Team ini sememangnya sudah terkenal dengan bermain dengan permainan kotor seperti slide 'kokse kokdam'. Sebagai contoh kita ambil permainan malam ini iaitu Fletcher yang menylide 'kokse kokdam' si pemain Chelsea iaitu Carvalho. Lagi contoh yang lain ialah pemain pertahanan Setan Merah iaitu Evans yang menerajang pemain idola Chelsea iaitu Didier Drogba. Biarpun Drogba itu tak handsome,tak patut pemain MU buat macam tu. Kesian betol kat Drogba apabila mendapat kad kuning daripada insiden itu..'som' la dengan pepatah melayu"sudah jatuh ditimpa tangga"..(hahaha...)


Tapi sebelum itu, ada satu peristiwa iaitu ketika para penyokong Setan Merah dan Singa Biru sedang ghairah dan stim menonton perlawanan secara live kat mahattoh muyyah..Masa itu, permainan sememangnya betul-betul hot dan sampailah kepada minit 76 dan Chelsea dihadiahkan satu sepakan percuma oleh referee yang sememangya sudah diberi tauliah bukan macam MAZA yang tak dapat tauliah tapi nak bagi ceramah jugak. Ref ni penulis salute la sebab dia menjalankan tugas dia dengan halal pada dasar di negaranya tetapi tidak kepada MAZA apabila negara kita iaitu Malaysia ataupun sekarang ini terkenal dengan 1Malaysia kecoh dengan penahanan MAZA oleh JAIS. Pastu, ramai pula yang nak membackup penceramah yang kontroversi ni sampaikan yang ada pangkat besar pun sanggup membackup. Padahal yang membackup tu ada yang tak pernah mengikuti perkembangan ajaran si MAZA ni. Dalam kesempatan ini, penulis ingin bertanyala kalau ada sape-sape yang nak mempertikaikan tindakan JAIS. Takkanlah JAIS nak buat kerja bodoh dengan menangkap orang yang tidak bersalah?? Orang-orang yang patut kita jauhi dan lebih baik untuk dijauhi ialah orang yang bodoh dan tak tahu yang dia sebenarnya bodoh a.k.a buat kerja bodoh.
Berbalik kepada cerita kat mahattoh moyyah. Rupa-rupanya sudah jauh penulis melalut sampai kepada isu di Selangor pula. Penulis blog ni pom ramai, nak buat macam mana.. Pada minit 76...sepakan percuma oleh The Blues diambil oleh ayan tambatan pasukan, iaitu Frank Lampard. Dengan tenang lampard mengambil sepakan percuma itu dan bola itu tiba-tiba je ditanduk lembut oleh John Terry iaitu bek kebal untuk pasukan The Blues and,and,and GOLLLLLL......".tak sekko lasom". Dan ketika itulah para penyokong Chelsea yang dari tadi tak habis-habis berdebar, bersorok dengan sekuat hati dan melaung perkatan 'GOL' kepada penyorak-penyorak Man U, memang tidak dapat dinafikan yang penyokong Chelsea ini ingin melepaskan kegembiraan terhadap penyokong-penyokong Man U kerana dari start mula perlawanan lagi penyokong Chelsea dicemuh.Memang bergegarlah kota Shoubra a.k.a bandar terkotor. Tak sampai beberapa saat selepas itu, kedengaran pintu utama rumah keluarga ahli mahattoh moyyah diketuk dengan kuat. Semua yang ada di situ diam, hanya bunyi alunan angin yang keluar masuk ikut jendela, para penonton selaku penyokong kedua-dua pasukan mengambil nafas. Berdebar-berdebar. Kemudian, kedengaran lagi pintu diketuk, kali ini lebih kuat lagi dan ketika itulah seorang ahli bait rumah mahattoh moyyah berlari-lari anak memasuki bilik. Mungkin dia takut atau mungkin dia berembunyi??. Tapi, nak buat macam mana, mungkin itu reaksinya secara spontan akibat terlalu panik. Macam cerita spontan la pula. Lepas tu, bangunlah seorang jejaka yang macho,machoke?? entahlah... iaitu seorang tetamu rumah mahattoh moyah dan dengan perlahan membuka pintu. Jeng,jeng,jeng....lepas tu tersembullah muka mama(pemilik rumah) dengan muka yang garang macam arang lepas tu memarahi dengan penuh perasaan orang yang ada kat dalam rumah tu. tak tahulah apa yang dimarahinya, mungkin ada juga sikit-sikit sumpah seranah yang dia lepas. Nak buat macam mana orang yang tengah marah kan?? Haha..lepas tu mama pun keluar dan dengan cepat para fanatik EPL menutup pintu rumah. Selepas itu, berbunyilah kata-kata yang tidak puas hati.."jare-jare nok sorok mama, cekak tok leh...buke sokmo...",,ingat mama je ke yang reti marah?? Para peminat bola pun ada perasaan marah juga. Ingat marah kita untuk simpan dalam poket ke..?? Walaupun tandukan itu lembut, tetapi Van de Sar tidak dapat menyelamatkan gol kemengan Chelsea itu. Mungkin time tu Van de Sar tengah kentut kot. Tapi, biarpun begitu banyak alasan yang Van de Sar ada untuk membela dirinya, tapi semua orang sudah tahu yang Van d Sar 'setaro' tu jah..

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google