Sekarang ni macam dah menular ajaran Syiah kat negara kita.. aku rasa macam tak sedap hati. Ramai rakyat kita kat Malaysia ni masih buta dengan kesesatan Syiah. Masih mengatakan yang Syiah ni tidak salah. Tidak bercanggahan dengan Islam.
Janganlah kerana seseorang yang cintakan ahli keluarga Rasulullah s.a.w sanggup menerima ajaran Syiah kerana beranggapan Syiah ni kasih dan sayang terhadap ahli keluarga Baginda lebih dari segalanya. Apakah selama ini Islam Sunni tidak memuliakan dan tidak cinta kepada kaum kerabat Baginda.?
Amat dangkal. Aku cuma tak mahu rakan - rakan blogger kat luar sana mengiktiraf kepercayaan Syiah ni adalah satu ajaran yang betul. Sudah cukup dengan huru hara yang Syiah porak-perandakan di dunia abad ini. Majlis Fatwa pun dah mengeluarkan fatwa yang Syiah ni adalah sesat. Sanggup mengkafirkan sahabat baginda yang paling akrab iaitu Saidina Abu Bakar R.A.!!
Bagi yang malas mencari fakta dan dalil tentang kesesatan Syiah tu, satu je aku pesan.. pegang kuat kuat yang Syiah ni tak boleh dipakai. Tu je. Datang apa je pasal kebaikan Syiah yang korang dengar, terus pasak dalam hati yang Syiah ni tetap tak betul.
PS: Serius..hal ni makin meruncing kat negara kita dan semakin menular. Aku sayang sesama rakan blogger dan tak nak ada rakan blogger yang terpengaruh dengan Syiah ni.
PS : Kalau ada blogger Syiah yang terbaca ni..jangan nak bantah..bantah dalam hati je.malas nak jawab banyak2