Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.' MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia tidak kemana wala
melakar apa yang minda sering kusut