Selamat pagi warga Arsenal Malaysia. Apa macam pagi khamis? Haha. Takziah diucapkan buat peminat Arsenal. Arsenal pada pagi tadi tewas di kaki Bayern Munich dengan jaringan 0 - 2. Jangan nak moody sangat, jangan nak pening kepala nak hadap pemaki hamun atau pun hater - hater nanti. Buat macam orang tak ada perasaan je nanti. Jangan ubah air muka. Ahaks. Jangan risau sebab kita ada 90 minit lagi di gelanggang lawan. Cuba untuk jadi seorang yang positif dan optimis. Hihi. Tak nak ulas panjang. Arsenal hanya bermain dengan 10 orang pemain seawal babak separuh masa pertama lagi ikutan daripada Shezni mendapat layanan kad merah daripada pengadil. Manakala, highlight lain adalah Ozil tidak memasukkan jaringan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Jangan nak maki Ozil. Cuba bertenang. Aku rasa kita dapat fight Bayern di Allianz nanti sebab pada awal separuh masa pertama sebelum Shezni keluar, Arsenal berentap dengan baik dan banyak kali bola berada di muara gol Bayern. Chamberlain
melakar apa yang minda sering kusut