Semalam menyaksikan satu lagi episod kegembiraan buat Arsenal kerana dapat menewaskan Tottenham yang mana merupakan pesaing sengit Arsenal pada musim lepas. Arsenal dapat menumpaskan Tottenham di laman sendiri dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan daripada Oliver Giroud. Sungguh epik dah mendebarkan kerana Tottenham bermain dengan baik pada babak separuh masa kedua. Epik dan debar pun, Arsenal dah menang dah kan..? haha Wenger nampaknya menurunkan skuad yang sama untuk match sebelum ini dengan kembalinya Koscielny bergandingan dengan Mertesacker sebagai center back. Jenkinson pertahanan sebelah kanan manakala Gibbs bertahan di sebelah kiri. Tengah pula dikuasai oleh Cazorla, Wilshere, Ramsey, Rosicky manakala penyerang pula adalah Giroud dan juga Walcott. Aku rasa Walcott lebih kepada wing dan hanya Giroud sebagai penyerang tunggal.Gawang gol pula dijaga dengan rapi oleh Shazwani. Percaturan yang agak baik oleh Wenger memandangkan percaturan ini keputusannya adalah kemena
melakar apa yang minda sering kusut