Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Diari PKP

DIARI PKP 2021 : PART 2

Pukul 9 pagi, masuk satu panggilan. Terpampang di skrin telefon, ‘Rohing 20’. Angka 20 bukan menunjukkan Rahim berumur 20 tahun, tapi sebagai tanda yang Rahim merupakan senior di zaman sekolah dulu-dulu. “Assalamualaikum Mil. Dah siap ke?” Rahim menghulurkan salam. Aku perhati Rahim, memang setiap kali dia buat panggilan, wajib untuk dia menghulurkan salam terlebih dahulu hatta untuk bercakap beberapa patah perkataan. Ada sekali tu dia menghubungi seseorang, “Assalamualaikum bos, beres.” 3 patah perkataan dan terus dia mematikan panggilan. “Waalaikumusalam Hing. Ya, siap dah. Kawe tengah tunggu demo mari ambil. Sama macam janji demo semalam.” “Mil, tukar plan boleh? Demo mari sendiri. Tempat kerja kawasan Lati. Berasa malas nak ambil demo.” Lati ni memang kawasan rumah Rahim, kalau Rahim nak ambil aku, dia kena menyeberang beberapa kampung untuk pergi dan patah balik semula ke Lati. “Boleh. Kawasan mana Lati tu?” Hari mula-mula kerja, aku tidak cakap banyak. Terus sahaja bersetuju. “Ma

DIARI PKP 2021 : PART 1

Jentera Rahim “Hing, kalau nak pasang plug bahagian dapur rumah kawe tu, berapa demo ambil caj?” Aku melontar satu persoalan kepada Abdul Rahim, tapi selesa dipanggil dengan panggilan Rohing. Rahim sekarang kerjayanya sebagai electrical engineer. Rahim termenung sejenak. Merenung siling sambil jari-jemari mengusap janggutnya yang sejemput. “Biasa kawe duk ambil RM 180 untuk satu plug, tarik wayar dari DB,” Rahim memberi jawapan. “Kalau kawe minta demo buat, boleh?” “Hmmm… berapa plug nak pasang?” “Satu.” “Hmmm… macam ni la. Kawe ajar demo, lepas tu demo pasang sendiri. Boleh?” “Sebenarnya, demo malas nak buat ke kalau satu plug?” Soalan Rahim sengaja tidak dijawab bahkan dilontar pula satu soalan lain. “Bukan. Kawe rasa kalau demo pasang satu plug, 2, 3 bulan lagi demo nak pasang satu plug lagi. Baik demo belajar pasang sendiri. Bila-bila masa demo boleh pasang.” Rahim menjelaskan. “Demo rasa kawe mudah faham ke nak belajar wiring ni? Lepas tu demo rasa kawe boleh buat sendiri ke lepas