Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

BERBUKA PUASA DI PUNCAK BUKIT PANAU, TANAH MERAH

Semalam, ahli majlis 'menukat' TKR mengadakan satu trip untuk berbuka puasa di puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Trip pada awalnya dibuka untuk ahli group whatsapp TKR, tetapi nampaknya macam tidak ada sambutan. Hambar dan sepi. Mungkin ada yang menyangka ini satu kerja gila sebab hiking pada bulan puasa. Siap masuk paper weii.. haha. Utusan Online  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/berbuka-di-puncak-bukit-panau-1.679345 Yang sebenarnya, tak ada la gila sangat sebab bukit panau ni tak ada la tinggi mana pun. Dalam setengah jam dah boleh sampai ke puncak jika pace terlalu perlahan dan santai. Semalam kami gerak dari kaki bukit dalam pukul 6.40 petang dan sampai di puncak pada pukul 7.10 malam. Okay la sebab pada masa tu matahari pun dah tak panas lagi. Trek pun trek tar je. Sebelum tu, kitorang dah plan menu apa yang perlu dibawa untuk potluck. Ada yang bawa ayam golek, ada yang bawa murtabak, ada yang bawa kuih akok, ada yang bawa popia sira, ada ya

TRIP YONG BELAR 2H1M (MEI 2018)

Suka dalam duka bila hiking ni memang sentiasa ada. Suka dan duka itu sering kali silih berganti semasa on trek sahaja. Manakala yang suka memanjang bila sebelum dan selepas off trek. Gunung Yong Belar adalah antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia yang terletak di Lojing, sempadan Kelantan. Apa yang menarik tentang Yong Belar adalah hutannya yang mossy dengan pokok-pokok yang kelihatan kehijauan bersama dengan lumut-lumut halus yang melekat pada keseluruhan pokok. Trip pada 11&12 Mei ini adalah yang dianjurkan oleh Group Team Kembara dan Rekreasi atau lebih senang dengan panggilan TKR. Group ini diketuai oleh Tuan M. Arif sebagai Gogo telah merancang aktiviti menawan puncak Yong Belar dengan menjadikan air terjun Pelaur sebagai tempat persinggahan bermalam.  Apa yang seronoknya hiking ni bila dapat camping dan santai-santai menikmati alam. Kita tidak terkejar-kejar untuk menawan puncak sahaja, tetapi setiap perjalanan kita itu sentiasa ada makna dan ken