Skip to main content

Posts

Rabu Berkata

gambar cilok Ada lagi ke wordless wednesday sekarang ni..? Biar gambar je yang bercerita. Tapi, gambar aku tak bercerita sangat sebab gambar aku ada words di dalamnya. Haha.Wordless with word. Boleh ke..? Tak penting yang tu...yang penting, bila hari rabu..maknanya esok cuti la. Ayat di atas ni memang dia nak suruh kaum lelaki ni berjaga - jaga kot. Silap besar jika pasangan dia tu lebih gembira ketika bersama dengan orang lain berbanding dengan dia sendiri. Kaum lelaki tu kena memberi perhatian lebih kepada pasangannya. Mana ada orang kata dia suka kepada seseorang itu, tetapi seringkali mengabaikannya. Betul tak..? Lelaki yang betul - betul menyayangi pasangannya, confirm dia akan ambil berat sangat pasal pasangan dia. Dia dah tak kisah pasal perempuan lain. Dia dah tak gedik nak comment dekat wall perempuan lain, dia dah tak gatal nak bermesej dengan perempuan lain. Dia hanya nampak orang di depan dia yang betul - betul dia sayangi. Mungkin ada jealous jika dia tak dapat men

Stick Together

"Allah is everythings, he always with us in no matter condition we are"  Bila baca quote kat atas tu kadang - kadang kita terfikir sendiri, termenung berapa banyak kita ingat kepada Allah dalam setiap keadaan kita. Kebanyakan kita hanya ingat Allah pada masa kita ditimpa musibah je. Masa kita ditimpa sakit atau ditimpa dengan pelbagai masalah dan seumpanya. Masa tu lah mulut ringan merintih Allah..Allah..Allah.. tolonglah hamba Mu ini ya Allah. Bila kita senang, kita mudah lupa siapa tempat kita mengadu tika kita dalam kesusahan. Nampak, manusia itu mudah lupa dan hanyut dalam arus kesenangan dan kemewahan. Sebab itu, ingat lah Allah ketika kamu senang, nescaya Allah akan ingat kamu ketika kamu susah. Part ni memang sangat menguji sebab tak ramai diantara makhluk yang bergelar manusia ingat kepada Allah bila mana mereka senang. Kita mungkin tak nampak Allah secara zahir ada bersama - sama dengan kita ketika kita dalam kesusahan. Ketika kita berada dalam kesedihan

Sayang itu Subjektif

Sayang itu subjektif. So, gambar di atas adalah bukannya sayang antara satu sama lain dengan perasaan seperti suami sayang kepada isterinya. Jauh sesekali.  Sila buang sangkaan buruk itu cepat - cepat. Sayang itu banyak perspektif dan dalam keadaan tertentu membezakan erti sayang itu sendiri. Sayang sesama jiran. Sayangnya ibu kepada anak. Sayang cikgu kepada anak murid. Sayang antara sepasang suami isteri. Sayangnya seseorang kepada harta benda. Dalam keadaan yang tersebut, sudah tentu kita dapat bezakan macam mana sayangnya kita. Kita boleh kata yang sayang kita kepada harta benda tak sama seperti kita sayang kepada kawan - kawan kita Kita boleh rasa sendiri rasanya macam mana kan..? Gambar di atas adalah hanya sayang seorang kawan kepada kawannya. Kalau ingin pergi kepada lebih jauh, mungkin sayangnya seorang abang kepada seorang adik. Nampak gedik kan.? Mata saling bertentang mata. Tapi, gambar seperti ini dapat mencipta pelbagai memori dan mengimbau kembali kenangan.

Melalut dan Melaut

Pagi petang siang dan malam ibarat sudah tidak ada maknanya jika hati kita sudah risau dan runsing. Saban hari asyik termenung memikirkan hal tersebut. Bergolek di atas katil. Kiri ke kanan. Menyenggeng ataupun meniarap mahupun me nelentang . Kita gelisah. Masa ini senang saja syaitan datang membisikkan benda - benda yang negative dekat kita. Kit a sudah berwaspada, tapi kita seringkali tewas. Jadi, jika benda sebegini berlaku dekat kita.. iaitu sesuatu hal yang membuatkan kita runsing bila memikirkannya... cepat - cepatlah kita menanamkan sesuatu yang positive dalam minda dan emosi kita. Sesuatu yang cukup kuat yang boleh mencengkam dasar fikiran dan hati kita. Sesuatu yang tidak goyah bila dibadai taufan sangkaan buruk datang me landa. Jika sehari dua mungkin boleh bertahan dengan baik.. tapi, jika fikiran sudah menjadi tak terkawal , emosi bertera bur , terlalu banyak benda negative yang ditiupkan oleh raja was - was, tidak mustahil kita akan tumbang. Rebah tersungkur. N

Piala Asia Madinah

Tahniah kepada pasukan Malaysia daripada Universiti Islam Madinah kerana mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak merebut Piala Asia. Team malaysia zaman berzaman terkena dengan nama Aura. Sebagai psikologi untuk mengeluarkan aura - aura yang power ketika menentang pihak lawan. Tu teori aku je kot pasal aura tu. 6 negara menga mbil bahagian, Saudi, Malaysia, Singapore, Vietnam, Thailand and Cambodia. Aku rasa tahun ni pelik sikit sebab biasanya hanya negara - negara Asia sendiri yang akan menganjurkan perlawanan, tapi, tahun ni adalah negara Arab Saudi yang sukarela ingin menganjur dan menguruskannya. Mungkin team Saudi nak test power budak - budak asia kot. Diorang nampak budak asia ni kecil and halus, mungkin boleh buat lauk. Cuba la try.. dapat c obek tak lauk tu. H aha. Malam ni, takziah kepada Malaysia kerana kalah kepada match pertama kepada Vietnam. Nampak macam lauk juga la bila kalah 1-5. Aku tak nak cakap banyak sebab aku tak main. Nanti tak pasal - pasal ak

Perpisahan

Pertemuan dan perpisahan sudah semacam tidak dapat dipisahkan. Bahkan sebagai satu pasangan yang sangat secocok dan sepadah. Ianya sudah menjadi fitrah. Sudah menjadi aturan kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Cuma masa yang menentukan sama ada cepat atau pun lambat. Bukan setakat berpisah jarak, bahkan berpisah tempat. Dari satu alam ke alam yang lain. Sesungguhnya perpisahan itu amat perit jika sepanjang pertemuan itu diisikan dengan rasa kasih dan sayang. Jika sepanjang pertemuan itu disemai dengan bibit - bibit keharmonian. Namun, jika sudah tiba masanya... perit itu kita kena telan. Hanya kenangan yang tinggal dan ianya mengajar kita apa itu erti kasih sayang. Tidak kah bila kita berpisah, kita akan lebih merasai apa itu rasa sayang tika dalam pertemuan? ** to future wife (FA) , we will stick to gether till jannah. :) insya allah

Hadis 5

Sabtu pagi bersamaan 4 Februari merupakan kelas Hadis pertama untuk sem ini. Hadis 5 lebih tepat. Bermakna sudah empat sem subject hadis aku belajar dan hadis lima adalah subject terakhir hadis. Boleh dikatakan yang semua lecturer mengajar subject hadis ni adalah baik - baik dan friendly dengan pelajar. Nada suara yang lembut dan gaya pengajaran yang memberi kesan. Pintu kelas 109 dibuka. Kelihatan seorang orang tua dipimpin oleh seorang pemuda memasuki kelas. Di tangannya kelihatan tongkat. Perlahan dia berjalan dengan sebelah tangannya dipimpin oleh pemuda tadi. Nampak keletihan. Ditariknya perlahan kerusi, dan dia duduk sambil bersandar. Senyap seketika. Dalam 5 minit. Hanya kedengaran deruan nafasnya. Tenang setiap tarik dan hembusan, tapi kuat bunyinya. Dia memakai cermin mata. Bulat dan tebal kantanya. Aku mengintai anak mata dia di balik kanta tebal itu, ternyata gagal. Kanta itu silau dek cahaya lampu dalam kelas. Lebih kurang lima minit, kelas sepi tanpa bunyi. "

Peraturan Baru

Awal February. Masih lagi dingin dan kesejukan. Seminggu yang lepas, mentari sudah perlahan mengganas dengan bahangnya. Tapi, minggu ini awan kembali memayungi bumi Madinah. Angin pula lembut menyulam si bayu. Nampaknya Saudi masih di dalam winter. Winter tanpa salju. Aman dan nyaman. Kehidupan minggu ini sudah berubah. Bukan lagi macam dua tiga minggu yang lepas. Minggu ini class sudah berjalan. 21 jam dalam seminggu perlu ditempuhi dalam minggu – minggu yang akan mendatang. Bulan May adalah pengakhiran untuk sem ini. Lamakah..? Jika dihitung memang lama, begitulah kata orang ramai.  Sem baru, peraturan baru. Selalu je macam tu dekat Islamic university of Medina. Sem ni nampaknya peraturan baru lebih memberi tekanan kepada pelajar – pelajar Saudi sendiri. Kereta sudah tidak dibenarkan untuk parking di dalam kawasan university. Relevankah? Kalau tanya aku, memang sangat relevan la.. Kenapa? Sebab, kalau budak Saudi bawa kereta ni.. memang boleh kata jin l

Nacho Monreal untuk Arsenal

  ENTRY ARSENAL!! Fans Arsenal mesti dah tahu pasal pembelian yang dibuat oleh Wenger pada minit - minit last sebelum pintu jual beli pemain untuk January ditutup. Pembelian pemain dari Malaga iaitu Nacho Monreal, berumur 26 tahun dengan kontrak selama 4 tahun setengah. Yuran perpindahan sebanyak 8.3 Juta Euro dengan gaji 50K Euro seminggu. Nacho, nama dah nak dekat dengan macho.. nasib baik tuan pun macho. Nacho bermain sebagai pertahanan kiri dan ini merupakan berita baik buat Arsenal kerana Kieran Gibbs telah pun injured untuk tempoh 4 hingga 6 minggu semasa menentang Liverpool. Satu pembelian yang berbaloi di kala fan mempertikaikan keupayaan Santos untuk mengawal benteng pertahanan di sebelah kiri. Wenger hanya membawa masuk seorang pemain dan aku rasa ianya tidak dapat membawa impak yang begitu besar. Paling tidak pun dapat berada di tempat keempat liga. Wenger tidak mengambil dia untuk plan jangka masa panjang memandangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun. Ianya se