MIMBAR JUMAAT 31 JULAI 2015

2 comments
DISCLAIMER: Siri Mimbar Jumaat adalah entry yang hanya fokus kepada intipati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib pada setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat didirikan. Bukan nak bagitau aku ni pergi solat Jumaat ke tidak. Lain tempat, lain isi khutbahnya kan? So, ini sebagai peringatan kepada aku sendiri yang kadang kala selepas solat Jumaat je terus lupa apa yang Tok Khatib pesan atas mimbar tadi.



Mimbar Jumaat semalam, tok khatib memfokuskan kepada adab dalam menggunakan media sosial. Seiring dengan kemajuan teknologi, nampaknya adab insan dalam menggunakan teknologi juga semakin advance. Makin liar dan tidak terkawal. Sedangkan, sepatutnya kita yang menggunakan teknologi atau pun sains itu untuk kebaikan kita, bukannya kita yang dimanipulasi oleh mereka.

Isi penting atau pun adab - adab yang penting ketika menggunakan media sosial boleh lah disimpulkan seperti berikut:-

1) Jangan gunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah. Manusia memang tidak lepas daripada perasaan hasad dengki kepada manusia lain. Sifat yang suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, seterusnya terus merasakan orang lain mempunyai nikmat dan kelebihan yang tidak ada pada dirinya dan secara tidak sedar telah menimbulkan hasad dengki. Cara untuk menjatuhkan seseorang itu dan melenyapkan nikmat yang dimiliki orang itu adalah dengan cara fitnah. Ternyata ini adalah suatu dosa besar di sisi Islam. Boleh tengok peranan media sosial sekarang ini dalam menyebarkan fitnah. Sungguh hebat bukan?

2) Jangan mencaci, mencaki dan mengeji manusia lain di media sosial. Istilah ini boleh juga ditujukan kepada jaguh keyboard atau pun keyboard warrior. Pointnya tak ada, tetapi ada saja cacian dan makian yang ditujukan kepada orang lain di laman sosial jika pendapat atau pun kenyataannya itu bercanggah dan tidak dipersetujui oleh orang ramai. Adakah, adab manusia sekarang ini lebih teruk dan hanya hidup dengan cacian dan makian kepada orang lain...?

3) Siasat dulu tentang kebenaran jika tersebarnya sesuatu berita. Ini seringkali berlaku dalam media sosial. Ada sahaja isu - isu baharu yang timbul. Tetapi ianya belum tentu lagi sahih dan betul. Sifat orang mukmin, bila datangnya kepada mereka sesuatu berita, mereka diminta untuk menyiasat kebenarannya sebelum menerima berita itu sebagai sesuatu yang benar. Ini adalah adab murni yang diajarkan di dalam Islam dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Indah bukan? Tidakkah dengancara ini dapat menghindarkan perbalahan dan fitnah jika sesuatu berita itu tersebar dan terus tersebar tanpa mengetahui kesahihannya?

4) Jangan menggunakan media sosial untuk mengintip kesalahan orang. Ini adalah berkaitan dengan soal hati. Ada saja yang tidak puas hati dengan seseorang itu, media sosial mungkin suatu medium yang terbaik dalam menyelongkar sesuatu aib atau pun kesalahannya yang telah lalu untuk dijadikan sandaran sebagai hujah serangan.

Media sosial ini boleh diibaratkan seperti pisau. Ianya memang menguntungkan kita jika ianya digunakan untuk perkara yang baik. Boleh memotong daging, potong kek, potong sayur dan pelbagai lagi untuk kegunaan yang lain. Tetapi, jangan lupa, ianya boleh menjadi perkara yang buruk jika tidak digunakan dengan niat dan cara yang baik. Bukankah pisau juga boleh dijadikan alat untuk membunuh orang, menetak orang..? Mungkin dengan pisau sahaja, ada jiwa yang melayang, ada manusia yang akan terbunuh. Begitu juga media sosial. Guna dan optimumkannya ke arah kebaikan dalam menyebarkan dakwah Islam.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Btl kita perlu guna media sosial dengan elok

    ReplyDelete
  2. banyak kes2 mcm ni kt media sosial.. buat skrg blog nampak xtercemar lg dgn fitnah2 mcm ni.

    kekadang malas dh nk buat FB, twitter, IG apatah lg

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia