Apa itu Madad Ya Rasulallah

8 comments
"Besok kawanku akan memasuki bilik pembedahan. Madad Ya Rasulallah." Benda ni timbul secara bermusim di Malaysia. Madad Ya Rasulallah yang mana bermaksud "Minta pertolonganmu Ya Rasulallah". Benda ini menjadi isu yang dipertikaikan dan banyak diperdebatkan dalam Facebook oleh golongan - golongan awam dan para jaguh keyboard. Benda ini timbul berikutan nasyid dan qasidah yang di bawa oleh para habib yang juga sekarang makin mendapat tempat di Malaysia.

Perlu diingatkan yang kalimah Madad Ya Rasulallah menunjukkan yang kita minta sesuatu itu adalah daripada Rasulullah sedangkan Nabi kita Muhammad s.a.w telah wafat. Kita meminta kepada Nabi s.a.w. seolah - olah kita tidak menghiraukan Tuhan Yang Paling Agung dengan bukan meminta sesuatu dan segalanya kepada Dia. Ianya seolah - olah menjadikan Allah itu sesuatu yang lebih kecil daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bolehkah dengan sedemikian?

Mungkin akan ada sesetengah orang tidak setuju dengan pendapat aku. Ya, pendapat aku ini bukan untuk dipersetujui. Hanya sekadar luahan pandangan untuk dikongsi. Setuju atau tidak terpulang kepada masing - masing. Terpulang kepada ilmu dan hujah masing - masing. Kan? Bagi aku, benda ini adalah berkaitan dengan akidah. Meminta sesuatu secara terus kepada orang mati seolah - olah ada sesuatu yang terselindung di sebalik benteng keimanan. Syirik. Satu benda yang syaitan sendiri pun tak buat.

Tengok sahaja para sarjana pada kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, tengok sahaja para sahabat Baginda, tengok sahaja para isteri Baginda, adakah mereka berdoa dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah". Kalau diikutkan, mereka lebih dekat kepada kubur Nabi s.a.w dan boleh terus mengadap kubur dan menyebut "Madad Ya Rasulallah" tanpa sebarang pagar dan kubu seperti sekarang ini yang dikawal ketat oleh polis Saudi.

Kesimpulannya, tidak berdoa dengan "Madad Ya Rasulallah" tidak bermaksud kita tidak sayang kepada Nabi kita s.a.w. Siti Aisyah, Abu Bakar, Umar, dan para sahabat yang lain (moga Allah meredhai mereka semua)  adalah insan yang sempat bersama baginda dan semestinya tahap sayang, kasih mereka melebihi kita semua tapi mereka tak pernah menyarankan kita yang terkemudian berbuat sebegitu. Sayang kepada Rasulullah? Selawat kepadanya, ikuti sunnahnya. Itu paling terbaik.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. ooooo...tak pernah lagi jumpe org berdoa mcm ni..ni first time tau....

    ReplyDelete
  2. akak xpernah dgr org sebut mcm tu.. tp btl kata awk, seolah-olah "membelakangkan" Allah..

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi akak jumpa ckp gitu. Tapi akak sependapat dgn HJ. Kita minta je lah direct kpd Allah.

    Berkaitan Mlm Cinta Rasul, akak pun rasa ada yg tak kena. Bukanlah tak betul totally, tapi ada yg perlu diperbaiki mungkin.

    ReplyDelete
  4. Dulu saya pun fikir macam tu, tapi bila rujuk semula dengan ulama aswj (bermazhab dalam akidah Asya'irah dan Maturidiah, bermazhab fiqh mengikut salah satu daripada 4 mazhab fiqh, dan bertasawuf ), bertawasul ini dibolehkan. Bagaimana cara untuk bertawasul yang benar, kena tanya dan belajar dengan alim ulama. Saya ini orang awam, so saya just ikut ulama aswj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. boleh bertawasul. Ulama telah sepakat boleh bertawasul dengan 3 perkara ini : 1) bertawasul dengan nama dan sifat Allah, 2) bertawasul dengan amalan - amalan kita yang soleh 3) bertawasul dengan orang - orang yang soleh yang masih hidup contohnya : menyuruhkan orang - orang soleh berdoa kepada kita. :)

      Delete
  5. akak baru pestime dengar. akak ni tak belaja agama. tapi kalau ikut logik akal pun sama la mcm HJ cakap.

    ReplyDelete
  6. aku baru taw term Mada Ya Rasulallah ni. aku pon cetek ilmu agama. tp alhamdulillah masih meminta & berdoa hanya pada Dia.

    ReplyDelete
  7. as'salam ..Etuza done follow kat sini ya..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia